Jom chat di sini!

Wednesday, November 12, 2008

tips nak kekalkan hubungan 4 sahabat,bukan tok cinta ea..wakakak

Disini aku ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita menjaga hubungan persahabatan agar terus subur selamanya.

1. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Menerima kekurangan satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik. Tetapi bukanlah bererti kita membantunya mengatasi kekurangan yang ada begitu juga disebaliknya. Dan kita juga harus boleh menerima kritik yang membina.

2. Hargailah pendapat satu sama lain. Perbezaan pendapat itu biasalah…tetapi kita harus tahu bagaimana untuk berkompromi.

3. Sahabat bukanlah orang yang akan mendampingi anda selama 24 jam sehari. Jadi anggaplah dia seperti anda menggenggam pasir dalam tangan. Jangan pernah terfikir untuk membuat dia selalu ada untuk anda. Dia juga mempunyai kehidupan sendiri. Jadi jangan terus merasa tersisih disaat dia sedang sibuk dengan keluarga, kerja atau teman lamanya.

4. Perlakukan sahabat anda sebagaimana anda ingin diperlakukan olehnya. Misalnya, jika anda ingin dia sentiasa berada di sisi anda disaat anda memerlukannya, lakukan hal yang sama terlebih dahulu kepadanya. Susah ke? Hehehe…kadang2 manusia ni nak menerima sahaja….memberinya tidak….

5. Jangan membiarkan persahabatan retak disebabkan oleh ego masing-masing. Jangan biarkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama terkubur begitu sahaja kerana ego.

6. Jagalah hatinya sebagaimana dia menjaga hati anda dan hormatilah dia sebagaimana dia menghormati anda.



by : queen of kreativiti

0 komen: