Jom chat di sini!

Sunday, December 28, 2008

Picnic @ Klang Gate

Haliuuuu!!!!!!
Kali ni aku nak citer pulak pasal perkelahan aku dan family cousin aku di Klang Gate. Aku tak pernah dengar tempat ni dan tak pernah pergi pun. Tapi at least, cuti panjang aku sempena Krismas taklah terbuang macam tu saja. Tapi mandi air sungai di Klang Gate tak sebest seperti mandi sungai di kampung aku. Walaupun lama berendam dalam air, tak terasa sejuk pun. Mungkin sebab air bandar tak sama dengan air sungai di kampung kot. Tapi apa pun, enjoy the pics!

Seronok betul budak-budak ni main air.

Ni team anak dara yang pemalu. Pemalu ke? He..he..
Dari kiri sepupu aku, dan dua orang adik aku.

Ni ikan yang abang sepupu aku tembak kat sungai tu. Besar jugak ikan tu. Dia tembak menggunakan senapang ikan yang diimport khas dari kampung halaman aku, Kapit.

Dalam mengupas timun, sempat jugak sesi bergosip antara aku dan adik-adik aku serta sepupu aku. He..he..Bergosip pasal apa tu?

Riuh rendah suara budak-budak dan mak budak mandi sungai.

Waktu ni aku belum nak mandi, sebab malas nak mandi sebenarnya. Malas nak bersalin pakaian nanti. Tapi time ni, aku disimbah dengan air, supaya aku pun join sekali mandi.

Dalam sungai pun sempat lagi bagi posing.

Sesi bergurau senda dalam sungai. Tapi selalunya akulah jadi tukang buli.

Time ni pulak tengah kejar anak buah aku (baju merah) yang suka mengusik aku kat dalam sungai tu.

Sesi membuli lagi. Diperhatikan oleh isteri abang sepupu aku. Agaknya dia teringat zaman dia bercinta dengan abang saudara aku dulu. He..he..

Sekian coretan dari aku.

POST BY : QUEEN OF MEROYAN @ CYPAN

Friday, December 26, 2008

Party Christmas

Haliuuu!!
Aku nak meroyan sikit pasal sambutan Krismas aku tahun ni. Tahun ni sambutan Krismas aku kurang meriah. Sebabnya? Sebab, mana-mana perayaan pun akan kurang meriah kalau disambut tanpa keluarga tercinta. Tahun sebelum ni, aku akan balik kampung untuk merayakan Krismas. Tapi memandangkan adik-adik aku yang ada di sini nak balik untuk perayaan Gawai Jun nanti, maka kami sepakat tidak balik tahun ni. Tahun ni juga merupakan tahun pertama keluarga aku menyambut Krismas tanpa kehadiran kami tiga beradik. Hanya dua orang adik aku yang berumur 13 dan 4 tahun yang menjadi peneman mereka di sana. Tak sabar nak tunggu bulan Jun ni nanti. Apapun, terima kasih kepada kawan-kawan yang menghantar ucapan. Enjoy the pics!

Ni suasana di rumah abang saudara aku pada Christmas Eve. Ni sementara nak menunggu detik 12 tengah malam.

Ni lah makanan yang disediakan pada Christmas Eve. Ada lemang, ayam pansuh, ikan keli pansuh dan sedikit pencuci mulut.
Ni pulak ikan keli pansuh. Sama macam ayam, ikan ni dimasak dalam buluh jugak.
Ni ayam pansuh. Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh. Sedap wo! Rindu pulak dengan kampung halaman.
Ni suasana di sekitar rumah aku. Ni bukan rumah terbuka ye, ni rumah tertutup. Hanya dibuka kepada saudara mara sahaja. Jadi maaf ye kawan-kawan semua sebab tak jemput. Jangan kecil hati.

POST BY : QUEEN OF MEROYAN @ CYPAN

Tuesday, December 23, 2008

Staff Party CSKL

Haliuuuu!
Hu..hu..aku nak kongsi citer pasal staff party yang diadakan di Sport Planet Ampang. Kalau dah party dibuat kat sana, tau ajer lah apa games yang ada. Yang lelaki suka sebab games laki katakan. Tapi yang perempuan, mengeluhlah. Maklumlah, main futsal. Walaupun aku minat bola sepak, tapi aku tak pernah lagi main futsal sebab tak ada member nak join. Tapi overall enjoy dengan games tu. Paling kelakar, bila games perempuan lawan perempuan. Kalau perempuan main, tau ajer lah. Aku ni pun sakit jugak lutut kena rembat bila main games yang melibatkan team campuran. Selain main futsal, ada jugak lucky draw. Gambar makanan tak sempat ambil sebab sibuk makan. Ni ada sikit pic tuk dikongsikan...

Walaupun semua ahli team ni tak reti main futsal, tapi mereka berjaya mengalahkan team aku dengan 3-1. Tak perlah. Saja jer bagi can. Atas dari kiri Ila, Kak Sharifah, Laleh, Roza.
Bawah dari kiri : Ayu, Yuni dan Nazlizah

Ni lah goal keeper yang menyebabkan team aku tewas 1-3 dengan team yang tak reti main futsal. Geram betul aku! Ni sesi membelasah goal keeper!

Ni lah team futsal aku. Walaupun team aku ni brutal, tapi kalah dengan team yang tak reti main futsal. Hampeh betul! Tapi kalah & menang tu adatlah. Yang penting, enjoy! Sakit jugak badan2 aku ni! Maklumlah, dah lama tak mengeluarkan peluh. Dari kiri Fuzah, Nor, aku, Mazlina, Arfizah, Millaga & sorg lagi Kak Tijah ( tak der dlm gmbr)

Sedikit ucapan dari store manager Mr Rudy Azmir. Macam operasi pencegah pendatang asing pun ada!

Ni staff aku yang dapat award tuk best higher cash collection. Antara 3 calon, Fydalah insan yang terpilih itu. Fyda dapat RM 200. Ni nak minta belanja ni....

Tuk sesi lucky draw pulak, aku dapat hadiah kuali. Macam tau-tau jer aku ni jenis yang liat nak masuk dapur. Kuali pun kualilah, asal ada dari tak ada....

Oklah, itu saja dari aku. Ada masa aku meroyan lagi kat sini

POST BY: QUEEN OF MEROYAN @ CYPAN

Sunday, December 21, 2008

Midnight Sales......

Haliu!!!
Hu..hu..dah lama tak meroyan kat blog ni.
Anyway aku just nak meroyan pasal midnight sales kat KLCC. Stores aku pun tak ketinggalan ambil bahagian. Tapi apa sangatlah supermarket boleh buat sales. Sapalah nak beli barang dapur tengah2 malam? Tapi, just nak naikkan sales, bos aku pun ambik bahagian skali. Aku pun ada beli barang gak sempena midnight sales ni. Tapi apa sangatlah barang yang aku beli. Just beli gula-gula tuk krismas nti jer....


air ni plak air free. semua dpt 1,
aku pegi rembat smpi 4 botol

sempena mid night sales, ni lah gula2 yg aku beli
harga biasa RM 9.99 tp aku beli RM 3.99 satu.
Bantai aku beli 3 haha....haha....


hi! peace no war!

ila : pija, apa susun rokok tak betul tu?
arfizah : peduli apa aku! yg ptg aku nak posing!

KELAB ANAK DARA
dari kiri nor (miss presiden) me (vice presiden), mazlina(setiausaha)
arfizah (bendahari) rafidah (ajk) ila (ajk) & erk? mamat tu salah persatuanlah!


perebutan kuasa dgn miss presiden!


kesiannya! mcm perlarian pun ada!



haha...sekian lah cerita dr aku queen of meroyan
nti ada masa, aku meroyan lg kt sini.....

Saturday, December 13, 2008

CONGRATS STACY!

we all wanna wish congrats kat STACY kerana melayakkan diri ke Final Anugerah Juara Lagu..


VIDEO STACY PERFORM AND TIME STACY DIUMUMKAN MASUK KE FINAL AJL.



this video credit to izah1237




PICTURE OF STACY AND STACYFRENZ




Di antara StacyFrenz yang hadir untuk memeriahkan semi-final AJL.




pose manja from STACY




The camera whore!haha




jejaka2 tampan StacyFrenz.(tampan ke?hahahah)




Perempuan2 cantek StacyFrenz(tetibe tersesat lak En.Kos kat s ctu.hahah)




Wajah2 gembira StacyFrenz apabila STACY diumumkan masuk ke Final.




StacyFrenz




lepak makan lepas penat jerit bagai histeria.huakakak




STACY bersama pengetua,Ramli MS.




bersama ibu yang tercinta,Puan Agnes




ade jugak yang sempat dating time lepak2 tuh.hahaha.amponnnnn lizaaaa!!!




STACY bersama StacyFrenz




nah!hambek ko!ni la pasangan yang dikatakan hangat b'cinta,Nik Nur Hafiz(Nik) dan Nur Amiera(Mia).



This pictures credit to Firman

Sunday, December 7, 2008

batuk

Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurag seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema.

Sebenarnya, batuk adalah tindak balas normal yang baik untuk kita. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan pengganggu.

Ada dua jenis batuk yang utama:


* batuk yang berkahak

* batuk yang tidak berkahak


Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk kita mengenalpasti jenis batuk yang didiami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.

Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.

Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.

Batuk yang berkahak

Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui janis batuk yang dialami.

* Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak adanya penyakit-penyakit lain yang membahaya.

* Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamsa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.

* Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

* Kahak yang putih atau jerneh menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang membahaya.

* Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB) dan sebagainya. Segera dapatkan rawatan lanjut.

Kaedah mengurangkan batuk

* Minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.

* Ambil bahan-bahan yang menambah lendir seperti tenusu, daging, gula dan makanan manis. Tepung putih dan sebagainya hendaklah dikurangkan.

* Sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa untuk menghentikannya.

* Persekitaran yang berhabuk, berasap, toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.

* Sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.

* Hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

Perhatian :

o Sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik.

o Kebanyakan ubat adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh.

o Sekiranya batuk tidak berkurangan dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan.

o Batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya.

panduan makan di luar

Apakah yang perlu anda lakukan semasa makan di luar?

* Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi bendasing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
* Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.
* Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
* Elakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate.
* Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
* Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan pewarna tiruan.
* Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.

Apakah premis makanan yang bersih?

Premis-premis makanan yang bersih ialah:

* Terletak jauh dari kawasan yang kotor yang berhabuk dan tidak terdapat lalat, lipas, tikus dan binatang sesat.
* Mempunyai kemudahan asas seperti saluran air bersih, elektrik, saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas.
* Mempunyai pengedaran udara yang baik dan cahaya yang terang
* Menggunakan perkakas atau alatan untuk makan dengan sempurna dan bersih
* Mempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik
* Menutup semua makanan dan menggunakan penyepit makanan serta senduk semasa menghidangkan makanan.


Bagaimana untuk memilih Makanan yang selamat?

* Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi benda asing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
* Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.
* Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
* Elakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate hangus.
* Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
* Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan perwarna tiruan.
* Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.

Bagaimana untuk memilih makanan sihat semasa makan di luar?

* Pilih diet seimbang sebagaimana yang di sarankan mengikut piramid makanan
* Jangan terlebih memesan makanan. Dapatkan makanan dalam hidangan yang bertepatan dengan keperluan nutrien sendiri,
* Minta minuman yang kurang gula
* Jangan tambahkan garam dan produk yang mengandungi garam (seperti kicap) yang terdapat di atas meja ke dalam makanan
* Pesan jus buahan yang segar dan bukan minuman berkarbonat
* Minta lebihkan sayur-sayuran dalam mi, nasi dan stik.
* Minta salad dan bukannya kentang goreng apabila memesan makanan segera
* Selesaikan makan anda dengan pembasuh mulut (dessert) iaitu salad atau buah-buahan yang segar

Makanan yang sehat

Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Kini pelbagai makanan ringan ataupun makanan siap untuk dimakan tersedia di kedai-kedai mahupun di supermarket di merata tempat. Sebagai ibu bapa atau penjaga kanak-kanak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengawasi dan mengawal pola makan dan jenis makanan untuk kanak-kanak.

Kajian Mindy Hermann, R.D., seorang ahli gizi menyatakan bahawa rata-rata pola pemakanan dan jenis makanan yang dimakan oleh kanak-kanak sekarang lebih banyak memberi kesan buruk kepada tumbesaran berbanding kebaikannya. Menurutnya, para ibu bapa atau penjaga perlu memilih makanan yang benar-benar diperlukan bagi perkembangan kesihatan anak-anak mereka.

Kanak-kanak sepatutnya dielakkan daripada mengambil makanan ringan yang tidak mendatangkan faedah semasa tumbesaran mereka. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak. Nugget dan sosnya banyak mengandungi sodium yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng
Biasanya disebut french fries ini mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin. Sebaiknya kanak-kanak tidak terlalu banyak makan makanan ini. Boleh diberikan sesekali tetapi kadar yang kecil.

Kerepek atau keropok
Terdapat berbagai-bagai jenis kerepek atau keropok di pasaran seperti kerepek kentang, keropok udang, kerepek jagung mahupun Cheese puff. Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong. Kanak-kanak perlu dikawal makan segala jenis keropok atau kerepek ini.

Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis walaupun dalam senarai kandungannya selalu tertulis 100% pati oren, anggur atau epal. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, berikan anak-anak buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula yang boleh menyebabkan kegemukan dan kerosakan gigi. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.

Tentunya masih banyak lagi jenis makanan yang kurang baik untuk dimakan oleh kanak-kanak. Tetapi, apa yang penting adalah tanggungjawab kita semua untuk mengawal daripada memakan makanan seperti di atas. Kunci utama dalam menangani masalah pemakanan anak-anak kita adalah dengan mengawal dan mengelakkan makanan yang membawa kesan buruk. Berikan mereka makanan yang segar dan berkhasiat demi kesihatan dan tumbesaran yang lebih baik.

khasiat strawberi

wahh~
da lame ouh ta merepek kat sini..
da b'habok da blog neyh
sbb da lame x sapu..
huakakak
neyh aku nak bagikk khasiat buah strawberi..
usha2 la eaa..
huhu



Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.

Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.

Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.

Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.

Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.

Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.

Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.

Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.

Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.

Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Petua penyimpanan

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang
sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.

Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.

Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.

Thursday, November 27, 2008

Apa2 jer lah

Hmmm....
Lama giler aku tak post nih..tak tau nak merepek apa..bukan apa..tak boleh nak merepek semenjak dua menjak ni..banyak hal serius dari hal merapu............
maklumlah.. dalam keadaan ekonomi yang tgh tak berapa nak stabil nih..tahun depan tak taulah..dengar citer hmmm...tak yah lah citer..tunggu jer lah..Jepun and HK dah declare recession.
Singapore akan menyusul..Hish...takut aku...nanti tak dek sapa dah nak hire tuk any impossible mission..maklumlah ..sapa nak buang duit tuk benda yang tak berfaedah kan...heheh
Since bos aku nih kat Amerika..maka memang effectlah akukan..
Hei..entahlah..sabo jerlah..aku dok tunggu apalah si Obama tuh nak buat...kalau dia nak hire aku tuk jadi agent cari sapa punca masalah nih leh gak..tapi dia nampak aku jek..mesti dia ingat aku geng ngan sepupu dia Osama tuh..mesti tak jadik..tak perlah...aku ingat nak lah tahun depan g Amerika jumpa bos aku kat sana..dan kawan2 seperjuangan ..Charlie n Angels, James Bond, Mr and Mrs Smith..tapi tak perlah..aku dah call cakap mungkin kita tak jadi jumpa..maklumlah sejak kerajaan Amerika dah batalkan gathering agent2 sedunia..hmm..budgetlah katakan...
Hmm..dahlah..Ngantuk gilos...lupa plak aku...hari tuh aku dah start mission aku..
tapi tak leh citer lebey2..rahsialah katakan...

MI..

Tuesday, November 25, 2008

Cerpen - Abadi Sebuah Cinta

Tania dan Riya masuk ke dalam ballroom hotel lima bintang itu. Tania agak janggal menghadiri majlis hari jadi yang dianjurkan oleh rakan Riya di hotel itu. Dia tidak biasa mengenakan dress dan berdandan. Kalau tidak kerana Riya, dia lebih suka duduk di rumah dan melayan tv. Riya menarik tangan Tania dan memperkenalkan rakannya kepada Tania. Tania menghulurkan tangan bersalaman dengan Shereen, rakan Riya yang mengadakan majlis hari jadi di hotel lima bintang ini. Shereen merupakan anak bongsu kepada seorang tokoh korporat di negara ini. Shereen mengenali Riya kerana Riya merupakan doktor yang merawat bapa Shereen ketika bapa gadis itu dimasukkan ke hospital kerana serangan sakit jantung.
Tania menarik tangan Riya menuju ke tempat hidangan. Bagi Tania, perutnya lebih penting ketika ini. Sejak dia menyatakan persetujuan mengikut Riya ke majlis ini, dia hanya mahu mengisi perutnya dengan makanan yang mahal-mahal. Riya mengeleng kepala melihat perangai buruk rakannya. Walaupun kuat makan, Tania bertuah kerana badannya sukar naik.
Namun kemeriahan majlis menjadi kecoh bila sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang dan mesin gan masuk ke ballroom dan mengarahkan semua hadirin tunduk. Shereen pantas ditarik oleh seorang lelaki dan wanita yang bertopeng ke satu sudut. Riya pantas menarik tangan Tania yang sedang enak menjamu selera dan mengikuti segala arahan mereka. Semua hadirin yang menghadiri majlis hari jadi Shereen kini menjadi tebusan kumpulan bertopeng itu.
Tania dan Riya duduk bersama tebusan yang lain. Wajah masing-masing pucat. Memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka selepas ini. Namun pandangan mata Tania tidak lepas memandang ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk memerhatikan anak-anak buahnya mengikat seorang demi seorang tebusan yang ada di situ. Walaupun lelaki itu memakai topeng, susuk tubuh dan mata lelaki itu mengingatkan dia kepada seseorang. Gelagat Tania disedari ketua kumpulan itu. Tania segera mengalihkan pandangannya bila mata lelaki itu menghala ke arahnya.
Lelaki itu menghampiri Tania. Dalam keadaan tangan yang terikat, Riya mendekatkan dirinya dengan Tania. Memberi isyarat, tidak mahu rakan baiknya itu diapa-apakan oleh mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari ballroom itu. Tania menarik nafas lega. Namun dalam hati, dia tidak pasti sama ada lelaki itu menyedari tingkah lakunya atau tidak.
Riya memandang ke arah Tania. Dia ingin mengatakan sesuatu terhadap Tania, namun dengan keadaan mulutnya yang disumbat dengan kain, menyebabkan segala kata-kata Riya tersekat di kerongkong. Selepas lelaki itu keluar, perempuan yang bersama dengan ketua kumpulan itu tadi menghampiri Tania. Dia memandang tepat ke arah Tania.
"Tania? Kau masih hidup lagi?" kata perempuan itu. Dia baru menyedari Tania dan Riya adalah antara yang menjadi tebusan di majlis hari jadi anak orang kenamaan itu.
Dahi Tania berkerut. "Perempuan ni kenal aku? Macam mana dia kenal aku? Keluarga aku bukanlah kaya sangat macam bapak Shereen! Tapi apa maksud dia aku masih hidup? Bila masa pula aku ni mati?" namun segala persoalan itu hanya berlegar dalam fikiran Tania. Dia tidak mampu mengajukan soalan itu kepada perempuan itu.
Ketua kumpulan penculik itu masuk semula. Dia menghampiri wanita tadi dan berkata sesuatu kepadanya. Wanita itu melenting marah.
"Sebab Tania ada, kau nak lepaskan mereka semua?" tanya wanita kepada lelaki itu.
Tania memasang telinga bila mendengar namanya menjadi bahan bualan.
"Kita dah merancang semua ni, tiba-tiba saja kau nak kita bebaskan semua tebusan? Kenapa dengan kau ni San? Kerana Tania, kau nak batalkan apa yang kita buat hari ni?
Tania berkerut dahi. "San?" Dia memandang ke arah Riya. Dia ingin bertanya sesuatu kepada Riya, namun keadaan mulut mereka diikat dengan kain, menyukarkannya.
Perempuan itu kemudian menghampiri Tania, namun sempat ditarik oleh ketuanya dan diberi amaran.
"Jangan sesekali kau sentuh dia! Aku nak keluar kejap, dan aku nak kau pastikan semua tebusan selamat. Aku tak nak seorang pun cedera terutama sekali dia!
Perempuan itu merengus. Pemuda yang dipanggil San keluar dari ballroom itu. Dia menghampiri Tania.
"Apa istimewanya kau ni sampai San tak boleh lupakan kau?"
Tania berkerut dahi. Tidak memahami maksud kata-kata perempuan itu.
"Kau tak kenal aku ke?"
Tania menggeleng kepala.
"Tak apa. Biar aku ingatkan kau balik,"
Perempuan itu kemudian menghampiri sistem PA yang ada di situ. Dia memasang kamera video yang digunakan untuk merakamkan keadaan tebusan dan mula memasangnya.
Semua yang ada di situ mula memberi perhatian terhadap rakaman yang ditayangkan. Tania dan Riya turut memberi perhatian. Tania berkerut dahi melihat semula rakaman video itu. Pada awal rakaman Riya memberitahu dia akan merakamkan segala saat manis Tania dan San sepanjang percutian mereka di Cherating Pahang.
Riya menjadi jurukamera merakamkan saat manis-manis Tania dan San. Riya merakamkan saat San mengukir nama dia dan Tania di atas pasir. San kemudian memadam perkataan Nia dan mengabungkan gabungan namanya dan nama Tania menjadi Santa. Tania ketawa terbahak-bahak melihat San mengabungkan nama mereka.
Tayangan video itu dihentikan. Perempuan itu kemudian menghampiri Tania dan membuka topengnya.
"Aku Marina, perempuan yang kau lihat berada di bilik tidur dengan San ketika kau nak buat suprise untuk hari jadi dia. Kau berlari ke luar rumah bila melihat aku dan San dalam bilik tidur. Ketika kau berlari keluar rumah tu lah, kau dilanggar kereta yang menyebabkan kau hilang ingatan,"
"Tapi kenapa aku tak ingat pasal kau, San dengan Nicholas? Kenapa aku hanya ingat Riya sorang kalau betul aku pernah mengenali kamu semua?"
"Sebab kau amnesia akibat kemalangan. Tapi aku tak percaya yang kau ni betul-betul amnesia. Sebab doktor yang merawat kau tu Riya, kawan kau sendiri. Dia boleh palsukan segala laporan perubatan pasal kau."
"Hoi! Kau jangan nak buat fitnah! Aku tak pernah tipu dalam laporan perubatan pasal Tania. Dia memang amnesia sebab kemalangan tu!"
"Tapi aku ingat kau dah mati? Kau terselamat dari kemalangan yang aku rancang tu,"
"Oh! Jadi kau rosakkan brek kereta Tania?"
"Memang aku yang rosakkan brek kereta Tania kerana selagi kau hidup, San tak boleh lupakan kau! Tapi macam mana kau boleh selamat? Sedangkan kereta kau menjunam ke dalam gaung?"
"Itu namanya panjang umur. Belum tiba masanya untuk Tania ni mati lagi!" jawab Riya.
"Ok, aku nak uji betul ke kau memang amnesia atau memang ada pemalsuan dalam laporan perubatan kau,"
"Kau nak buat apa ni?" tanya Riya.
Marina menghampiri Riya dan mengikat semula mulut Riya. Dia membuka ikatan tangan Tania.
"Tania yang aku kenal cekap dan handal bermain pedang serta seorang penembak yang tepat. Semuanya hasil usaha gigih San mengajar dan mendidik kau ilmu mempertahankan diri menggunakan pedang dan pistol. Jadi, sekarang ni aku nak menguji kecekapan kau,"
Riya membantah hasrat Marina kerana dia tahu Tania akan kalah. Memang benar San pernah mengajar Tania, namun amnesia yang dialami Tania membuatkan Tania melupakan semuanya. Namun kata-kata Riya hanya bergema di kerongkongnya. Marina mencabut pedang dari pinggangnya. Dia memberikan pedang kepunyaan San yang ditinggalkan sebelum San meninggalkan ballroom sebentar tadi kepada Tania. Tania menyambut pedang itu. Melalui senjata yang digunakan mereka, Tania tahu kumpulan itu meniru kumpulan kongsi gelap di Jepun yang dikenali sebagai yakuza menggunakan pedang.
Marina memulakan serangan terhadap Tania. Tania terkejut bila Marina memulakan serangan. Pedang yang dipegang terlepas dari pegangan. Ketika Tania mahu mengutip semula pedangnya, Marina menyerang. Namun Tania sempat mengelak. Tania berusaha melarikan diri dari serangan pedang Marina. Tercungap-cungap Tania mengelakkan diri dari serangan Marina. Tania tersandar ke dinding bila Marina menendang kuat tubuhnya. Kepalanya terhantuk ke dinding. Tania menahan kesakitan. Dia berusaha bangun.
Marina mengeluarkan pisau dan meluru ke arah Tania. Mata Tania terbeliak. Wajahnya berkerut menahan kesakitan akibat tusukan pisau tepat ke perutnya. Tania menjadi lemah dan rebah di sisi kaki Marina.
Riya menjerit melihat keadaan Tania. Airmata mengalir laju di pipinya. Ahli kumpulan penculik yang berada di ballroom itu, tergamam. Tiada seorang pun yang berani mengingatkan Marina mengenai amaran San tadi. Marina mencapai pedangnya dan memandang ke arah Shereen. Shereen terketar-ketar ketakutan. Dia memejamkan mata bila Marina mengangkat tinggi pedangnya dan bersiap sedia mahu memancung kepalanya.
Tania meluru ke arah Shereen dan menahan mata pedang itu menggunakan tangannya. Darah memancut keluar dari kedua-dua tapak tangan Tania. Riya menangis gembira melihat Tania masih hidup. Tania kemudian menendang kaki Marina menyebabkan Marina terjatuh. Tania mencapai pedang Marina. Marina mencapai pedang San yang berada tidak jauh darinya.
"Nak beradu kekuatan, carilah lawan yang sesuai dengan kau," kata Tania.
"Bukankah aku dah tikam kau dengan pisau tadi?" tanya Marina hairan.
"Memang betul kau tikam aku tadi, tapi aku sempat menahan pisau tu dengan tangan aku," Tania menunjukkan tapak tangannya yang berdarah.
Mata Riya terbeliak. Dia percaya, ingatan Tania sudah pulih akibat hantukan ke dinding tadi. Pertarungan antara Marina dan Tania berlangsung sengit. Kedua-duanya sama hebat dan saling melancarkan serangan. Walaupun sudah lama tidak bermain pedang, Tania ternyata masih ingat dan mampu bermain pedang dengan baik. Dia mampu menyaingi serangan bertubi-tubi dari Marina.
Namun kecederaan di bahagian tapak tangan Tania menyukarkan sedikit pergerakan Tania. Banyak kali juga pedang terlepas dari tangannya. Kali ini Tania tidak mampu menahan serangan bertubi-tubi dari Marina. Tania berserah seandainya dia ditakdirkan mati di tangan Marina. Tania tersandar di dinding. Peluh membasahi tubuhnya. Tania memejam mata bila Marina bersiap sedia menamatkan riwayat hidupnya.
Tania membuka mata bila mendengar suara Marina menjerit kesakitan. Dia melihat mata pedang San tertusuk di belakang Marina. San telah kembali semula ke situ dan menyelamatkannya. Lelaki yang satu ketika dulu pernah mencuri hatinya dan membahagiakan hidupnya. Namun kini, lelaki yang dicintainya itu merupakan seorang penjenayah.
San dan Marina mengetuai sebuah kumpulan kongsi gelap yang mengikut stail kumpulan kongsi gelap yakuza di Jepun. Sasaran mereka, menculik anak-anak orang kenamaan dan meminta wang tebusan dari keluarga tebusan mereka. Dengan wang itu, mereka membiayai operasi kumpulan mereka selain melakukan jenayah lain seperti penyeludupan dan mengedar dadah.
Namun takdir telah menemukan San atau nama sebenarnya Santiago jatuh cinta dengan Tania ketika mereka bercuti ke Cherating. Di situlah titik pertemuan San dan Tania. Malah ketika ulangtahun kedua mereka sebagai pasangan kekasih, San dan Tania telah bercuti ke Cherating bersama teman-teman mereka, Riya dan Nicholas. Pada pertemuan itu juga, San telah menghadiahkan seutas rantai yang diukir nama gabungan mereka berdua, iaitu SANTA kepada Tania.
Marina rebah di hadapan Tania. Tania memandang tepat wajah Santiago. Serta-merta kenangan manis mereka berdua hilang bila mengenangkan segala perbuatan lelaki itu. Tania mencapai pedang disebelahnya dan menyerang San. San terkejut. Namun dia sempat menepis serangan Tania. Tania tetap hebat walaupun amnesia selama ini.
"Kau betul-betul nak bunuh orang yang dah selamatkan kau?" tanya San kepada gadis yang dicintainya.
"Kau patut dihapuskan dari muka bumi ni! Orang seperti kau tak patut dibiarkan hidup!" Tania terus melancarkan serangan.
Seperti pertarungan antara Marina dan Tania, begitu juga pertarungan antara dua insan yang saling mencintai antara Santiago dan Tania. Masing-masing sama handal dan sama hebat. San menghayunkan pedangnya namun sempat ditahan Tania. Tania kemudian mengunci pergerakan San dan berjaya merampas pedang dari tangan San. Tania menendang kuat tubuh San sehingga San tersandar ke dinding.
Mata pedang Tania berhenti betul-betul di leher San. San menatap wajah Tania.
"Aku tahu kau tak sampai hati nak bunuh aku sebab kau masih cintakan aku. Mana mungkin kau tergamak nak bunuh orang yang kau sayang,"
"Kau jangan cabar aku San. Kau jangan ingat cinta ini tak mampu membunuh kau!"
"Lakukan Tania. Kalau betul kau maksudkan, lakukannya!"
Mata pedang Tania masih berada di leher San. Benar kata San, dia tidak mampu membunuh San kerana cintanya untuk lelaki itu masih ada. Mana mungkin dia tergamak membunuh cinta hatinya sendiri. Tania melepaskan pedangnya. Dia berpaling membelakangkan San.
Ketika ini San mengeluarkan pistol yang diselitkan di kakinya dan bersiap sedia menembak Tania. Tania yang menyedari keadaan itu, segera berguling ke arah Marina dan menarik pistol Marina. Dia menarik picu dan melepaskan tembakan ke arah San. Tembakan itu tepat mengenai bahu, dada dan perut San. Pistol Tania kehabisan peluru. Ketika ini, San tertawa melihat Tania kehabisan peluru. Dia masih menghalakan muncung pistolnya ke arah Tania.
Tania memejamkan mata, menanti pistol San memuntahkan pelurunya.
San tertawa. Dia menunjuk ke arah Tania pistolnya yang tidak diisi dengan peluru.
"Kau memang betul-betul nak bunuh aku Tania," kata San sedih.
Pistol dari tangan Tania terlepas selepas mengetahui pistol San tidak mengandungi peluru. Dia terduduk dan mengadap San.
"Tania, maafkan aku kerana merahsiakan semuanya dari kau. Bukan niat aku untuk melukakan hati kau, Tapi percayalah, antara aku dengan Marina hanyalah sebagai kawan. Apa yang kau nampak sebelum kemalangan tu adalah lakonan semata-mata. Bila aku dah terlanjur menyintai kau, baru aku sedar siapa diri aku. Aku bukan orang suci dan tak layak untuk gadis seperti kau. Kalau pun aku cuci tangan dan kembali menjadi orang biasa, pihak berkuasa tetap akan memburu aku. Aku berpakat dengan Marina supaya kau percaya yang aku mempunyai hubungan intim dengan Marina. Rancangan kami berjaya, tapi kau pula terlibat dalam kemalangan dan mengalami amnesia. Aku sengaja tak isi pistol ni dengan peluru kerana aku tak mahu menggunakannya sebaik saja aku kembali ke sini.
Aku juga tak tahu kau antara jemputan yang dijemput dalam majlis hari jadi ni. Mungkin dah takdir, yang kita ditemukan sekali lagi untuk mengucap selamat tinggal antara satu sama lain. Aku juga pernah berjanji, aku lebih rela mati di tangan kau dari mati di tali gantung dan mati di tangan polis. Dan hari ni, permintaan aku dikabulkan.
Nafas San tersekat-sekat. Airmata seorang lelaki mengalir dari pipinya. Buat pertama kali dia mengalirkan airmata kerana seorang gadis. Penjenayah sepertinya memang tidak layak untuk menikmati erti cinta.
Pintu ballroom terbuka. Sepasukan polis menyerbu masuk. Nicholas yang berpakaian seragam polis menyuruh anggotanya menyelamatkan tebusan yang lain. Nicholas merapati Tania yang masih berlutut di hadapan San.
"Kau datang tepat pada masanya Nick,"
"Kau ke yang telefon polis mengatakan ada satu drama tebusan di hotel ni?"
San menganggukkan kepala. "Aku yang telefon kau tadi Nick. Aku fikir, dah tiba masanya aku bersara melakukan jenayah. Pada mulanya memang niat aku nak minta tebusan dari semua yang di sini. Tapi bila aku terpandangkan Tania, aku ubah fikiran," San memandang ke arah Tania semula. "Tania, aku nak kau tahu. Sehingga ke saat ini, aku tak pernah berhenti menyintai kau,"
Riya mendapatkan Tania sebaik ikatannya dileraikan.
"Nick, tak payahlah kau suruh orang-orang kau tahan aku. Masa aku dah nak sampai. Aku cuma nak diberi kesempatan menatap sepuas-puasnya wajah Tania sebelum aku menutup mata. Dan aku ada permintaan terakhir. Aku harap kau dan Riya boleh memujuk Tania untuk menunaikan permintaan terakhir aku ni,"
Riya dan Nicholas saling berpandangan. "Apa dia San?" tanya Nicholas.
"Aku harap Tania sudi menuntut mayat aku. Aku tidak mahu pemergian aku meninggalkan tanda kerana aku tak mahu Tania terus hidup dalam kenangan cinta antara kami. Aku nak mayat aku dibakar dan abu mayat aku dibuang ke tempat pertama pertemuan kita dulu. Boleh tak Nick, Riya, kamu tolong pujuk Tania untuk tunaikan permintaan aku?"
"Aku cuba San,"
"Dan satu lagi, Tania, Nick, boleh tak kamu berdua rapat dengan aku?"
Tania merapati San. Anggota bawahan Nicholas bersiap sedia sekiranya San melakukan sesuatu ketika Tania merapatinya namun Nicholas memberi jaminan San tidak akan berbuat apa-apa. Nicholas merapati San.
San mencapai tangan Tania dan tangan Nicholas. Dia menyatukan kedua-duanya.
"Nick, aku tahu kau cintakan Tania dan aku yakin kau mampu bahagiakan dia. Tania, aku tak nak kau menutup terus pintu hati kau. Berilah peluang pada Nick untuk membahagiakan kau. Terimalah hakikat, aku bukan untukmu,"
Tania menarik tangannya dari pegangan tangan Nicholas.
"Dan satu lagi, izinkan aku memeluk diri kau buat kali terakhir untuk aku ucapkan selamat tinggal buat selamanya. Biarlah aku merasai bahagia itu walaupun hanya seketika,"
Tania merapatkan dirinya dengan San dan membiarkan lelaki itu memeluk dirinya. Akhirnya San menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan Tania.
Angin laut membelai lembut rambut Tania. Di tangannya bekas mengandungi abu mayat San. Cherating, tempat pertama pertemuan dua insan, Santiago dan Tania. Dan kini, Tania hadir ke tempat penuh kenangan ini untuk menunaikan permintaan terakhir Santiago yang mahu disemadikan di sini.
Perlahan-lahan Tania mencurahkan abu mayat San ke laut. Dia membuka rantai SANTA yang selama ini setia menemani dirinya dan menjatuhkan rantai itu ke dalam laut. Biarlah SANTA turut bersemadi bersama-sama San di laut ini.
"Kenapa sementara cerahnya cinta kita San? Kenapa mesti kita yang melalui perpisahan ini? Walaupun berat hati ini untuk melepaskan kau pergi, terpaksa aku relakan. Tertutup sudah pintu hati ini yang pernah aku buka untuk kau, San. Aku terpaksa relakan kau pergi, walaupun aku tak mahu. Soal aku dan Nick, biarlah masa yang menentukan. Tak mungkin semudah itu untuk sesiapa mengantikan tempat kau di hati ini,"
Riya mengusap bahu Tania. Dia memeluk erat sahabatnya. Berat mata yang memandang, berat lagi hati Tania menanggung semuanya.
"Selamat tinggal sayangku. Kau tetap abadi dalam kenangan dan hati ini,"
Tania dan Riya sama-sama meninggalkan tempat itu. Membiarkan abadinya sebuah cinta bersemadi di situ. Yang pastinya, Tania tetap akan mengingati San sebagai kenangan terindah dalam hidupnya biarpun hidup pemuda itu dipalit dosa atas jenayah yang dilakukannya. Biarlah San tetap abadi di hatinya seperti mana abadinya sebuah cinta di tempat ini.

nukilan
-Queen Of Meroyan-

Sebuah kisah benar - penangan di rumah mayat....

Queen Of Meroyan lagi.....

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. 'Apa lah nasibku ini,' aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, 'Pssssttttt.'

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit 'Bala, kau ke tu ?' tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi ' Psssssssttttt'. Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat 'PSSSSTTTTTT' ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....


***PERHATIAN!!!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku. yang berani jer...

Sila scroll ke bawah...

> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
>>

Lalu aku tertawa sendiri...
'Cilaka punya perfume dispenser' buat suspend jerrrrrrrr...

'Orang yang kuat adalah orang yang kuat kesabaranya dan juga imannya'


Monday, November 24, 2008

Petua kecantkan semulajadi

da lame ouh ta post petua2 kat sini.ni aku postkan petua2 semulajadi yang perlu diamalkan.renung-renungkan dan selamat mencuba!

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba. M

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.


Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.


Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.


Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.


Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.


Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.


Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.



-QOKreativiti-

Thursday, November 20, 2008

Petua Tahan 'Lame'

Queen Of Meroyan meroyan lagi.....

Boleh lebih lama, tak payah pakai alat atau main ubat...sesuai untuk kebahagiaan rumahtangga...

Cubalah...nescaya keluarga bahagia...isteri ceria.....


Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo...

Ewah...ewah...ewah...korang suka betul kalau bab-bab tahan lame ni ya?

Kat bawah ni ada petua untuk 'tahan lama'


KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun,

Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja,

Gunakan sebelah pada 31 Disember 2008. Dan sebelah lagi

pada 1 Januari 2009. Wah..tahan sampai 2 tahun kan?


NASI/ LAUK

Biar tahan lama,

Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria,

Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke,


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS,

Kalau untuk tahan lebih lama,

Bayarlah zakat untuk barang kemas tu atau pakai saja,

Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat,

Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang haha..haha...


PAKAIAN

Nak tahan lama,

Jangan rendam lama dalam serbuk pencuci lama sangat, elak guna washing machine

Jangan jemur bawah mentari terik, elak guna bleach

Jangan bawa mandi kat beach

Gantung bila disimpan

Cuci guna air jeram/hujan

Jangan bagi pinjam kat kawan

Kalau nak tahan lebih lama, PINJAMLAH BAJU MEMBER!!!

BAJU SENDIRI SIMPAN


KERETA

Nak tahan lama

Lepas beli, simpan kat garaj, tutup elok2. Jangan bagi angin masuk

Jangan bagi habuk masuk. Jangan bagi air wap masuk

Bayar loan bulan-bulan, sampai loan habis, gerenti tahan lama


KENYANG

Kalau nak tahan lama,

Sebelum makan - baca bismillah dan doa

Akhir makan - doa dan ucap alhamdullilah


UMUR

Umur nak tahan lama?

Banyakkan senyum, jangan fikir semua masalah dan

Jangan merokok (bukan sebab rokok tu bahaya, tapi bazirkan duit saja.

Kalau duit tak ada lagi banyakkan masalah?)


ROKOK

Rokok nak tahan lama?

Jangan hisaplah!!!! letak atas meja dan pandang saja,

P/S : Jangan hisap benda-benda yang dilarang....sendiri mau ingat

hahah...haha....


TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam

Rajin-rajinlah tidur siang


HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,

Jujur dan ikhlas jer!!!!


Last word :

Selamat Bertahan Lama...

........sentiasa terbuka dan rasional