Jom chat di sini!

Saturday, January 24, 2009

Stacy @ Majalah Hai - Susah Jadi Artis

Teks oleh : Wahida Othman

Stacy, Riz dan Nubhan lahir ke dunia hiburan pada waktu yang sama. Namun, Stacy dilihat seperti kurang menyengat dan tidak begitu menyerlah meskipun bergelar juara Akademi Fantasia musim keenam. Dari segi publisiti dan kekerapan muncul dalam akhbar serta majalah hiburan, Stacy agak tertinggal jauh di belakang berbanding teman-temannya yang lain.

"Saya tak pernah rasa diri ini ketinggalan ataupun kurang popular berbanding mereka. Bagi saya layanan yang mereka atau saya terima, adalah sama sahaja. Mungkin jugalah saya kurang terdedah dengan media massa sejak akhir-akhir ini sebab sibuk dengan siri promosi album kompilasi di Sabah, hingga tak dapat menghadiri beberapa fotografi. Dari sudut lain, biasalah jika seseorang artis itu ada masa naik dan turun...ada orang menganggap kami cukup popular, malah ada juga segelintir yang menganggap sebaliknya. Itu semua pendapat masing-masing. Tak pernah timbul rasa iri hati atau cemburu," jawab Stacy yang kini muncul dengan lagu single kedua berjudul Gagap selepas lagu Aku Stacy.

MERUNGUT
Di mata peminat mungkin kehidupan sebagai artis itu kelihatan bahagia. Tidak hairanlah ramai anak muda di luar sana berlumba-lumba mahu menjadi artis. Realitinya, bergelar artis tidaklah semudah yang disangka. Bukan hanya perlu menyanyi satu, dua lagu dan kemudian pulang dengan keuntungan. Tidak juga hanya berlakon satu, dua babak, lantas terus duduk berehat bersenang-lenang.
"Susah jadi artis. Kadangkala bila bertemu rakan-rakan dalam akademi dulu, kami sama-sama merungut. Masing-masing tak sangka, susah rupanya hidup di luar ini sebagai artis yang dikenali, berbanding ketika di dalam akademi dulu. Bukan senang untuk menggembirakan hati semua orang. Tak semua orang suka dengan apa yang kita persembahkan. Sebagai artis baru, pasti ada banyak kelemahan. Tapi saya tetapkan pendirian untuk berfikir secara positif. Saya kutip banyak pengalaman setelah bergelar artis dan dijadikan pengajaran untuk terus maju. Biar susah sekalipun, saya masih rela untuk mencari rezeki dalam industri seni," luah Stacy.

KEJUTAN DALAM TARIAN
Selain Stacy, Anugerah Juara Lagu ke 23 (AJL) kali ini menyaksikan banyak muka baru yang sama-sama berjuang untuk memberikan yang terbaik, antaranya Aizat, Aiman, Heliza dan Meet Uncle Hussein. Seperti mereka, Stacy juga begitu terkejut selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta yang bakal berentap di atas pentas pertandingan yang mencatat rating tinggi itu.
"Dengan langsung tiada pengalaman rasanya macam saya belum layak bersaing dengan nama-nama besar. Untuk menjangkakan kemenangan, memang saya tak berani nak meramalkan kerana pada saya menang atau kalah, itu semua rezeki dari Tuhan. Berjaya masuk ke peringkat akhir, sudah cukup menggembirakan saya. Sebelum pertandingan saya banyak melakukan aktiviti lasak, dan setiap hari saya akan berjoging untuk kuatkan stamina saya. Untuk AJL nanti saya ada sedikit kejutan dari segi tarian, dan saya harap para peminat akan terhibur," ujarnya yang nampak lebih bergaya dengan fesyen rambut hitam lurus berbanding warna perang sebelum ini.

POST BY : CYPAN

Thursday, January 22, 2009

5 Persembahan Terbaik AJL 23

Teks Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

1) Faizal Tahir (Sampai Syurga)

Mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Cuba dan Sampai Syurga, ternyata lagu Sampai Syurga yang paling dinanti-nantikan kerana sebelum ini juga, Faizal sendiri menyatakan dia akan melakukan sesuatu yang agak berbeza untuk persembahannya malam itu.

Ternyata, Faizal mengotakan janjinya dan melihatkan dia berdiri di atas pentas mengalunkan lagu Sampai Syurga, impak yang diberikan memang cukup besar sehingga menimbulkan histeria di kalangan penonton yang memenuhi Stadium Putra.

Menyelitkan unsur drama dengan meletakkan beberapa orang pelakon yang melengkapi jalan cerita Sampai Syurga, menjadikan persembahan Faizal yang ringkas itu meninggalkan bekas yang cukup mendalam dan meremangkan bulu roma.

Semuanya dilakukan dalam tempoh masa yang cukup bersesuaian dengan lagu menjadikan persembahan Faizal begitu kemas dan tidak terlihat sebarang cacat-cela di dalam persembahannya.

Ditambah pula dengan alunan indah koir yang menjadikan lagu Sampai Syurga begitu indah sehingga ia mampu membawa kita menerawang jauh menghayati jalan cerita untuk lagu yang cukup indah ini.

Kerana itu juga, tanpa syak dan ragu, sememangnya trofi Persembahan Terbaik layak menjadi milik Faizal. Syabas dan tahniah kerana begitu berani dan kreatif dalam mewarnakan persembahan anda!

2) Meet Uncle Hussain (Lagu Untuk Mu)

Persembahan kumpulan ini sememangnya yang paling dinanti-nantikan oleh peminat yang berada di stadium.

Mengapa? Kerana kumpulan ini mempunyai auranya yang tersendiri dan pesona mereka di atas pentas mengundang peminat untuk terus menikmati muzik mereka.

Bukan itu sahaja, kekuatan Meet Uncle Hussain sebenarnya terletak pada kekuatan vokal penyanyinya, Lan yang unik. Bukan pada vokalnya sahaja, tetapi gelagat dan penguasaan pentas Lan juga begitu cemerlang.

Pada AJL23 juga memperlihatkan bagaimana Meet Uncle Hussain begitu kreatif mencorakkan persembahan mereka dengan mengenakan solekan yang berkarakter seolah-olah menggambarkan diri mereka di pentas muzik.

Kesemua ahli kumpulan Meet Uncle Hussain juga bermain dengan penuh bertenaga dan bersemangat lantas menjadikan mereka bintang pada malam AJL23.

3) Aizat (Lagu Kita)

Seperti mana yang dijanjikan Aizat sebelum ini yang mahu memberikan persembahan yang ringkas namun dalam masa yang sama meninggalkan kesan yang mendalam, itulah yang terjadi pada malam AJL23.

Persembahan Aizat menerusi lagu ciptaan sepenuh olehnya, Lagu Kita antara persembahan yang paling comel dan terasa mahu menyayangi dirinya.

Hanya berdiri di atas pentas dengan busana ringkas berona hitam serta berbekalkan gitar akustiknya, Lagu Kita pada malam itu menjadi begitu indah.

Persembahannya begitu ringkas namun, ia berjaya membuatkan penonton memakukan diri masing-masing untuk terus menonton Aizat di atas pentas.

Untuk kelainan, Aizat menampilkan kakaknya sebagai penyanyi latar. Ditambah pula dengan iringan piano dan muzik orkestra serta penghayatan Aizat yang memacu lagu ini ke puncak, sudah cukup melayakkan Aizat antara penyanyi yang berjaya membuat penonton meremang bulu roma.

Adakah mungkin kerana teman istimewanya, Liyana Jasmay berada di barisan penonton telah memberikan semangat buat Aizat dalam penghayatannya? Hanya Aizat sahaja yang ada jawapannya.

4) Elyana (Kalis Rindu)

Persembahan yang begitu unik dan lain daripada yang lain lantas menjadikan persembahan Elyana pada malam itu antara yang terbaik.

Elyana ternyata begitu bijak menginterpretasi jalan cerita lagu Kalis Rindu dalam persembahannya yang ala Broadway itu.

Ada masanya Elyana kelihatan cukup comel namun dalam masa yang sama, Elyana juga dilihat begitu nakal dan menggoda menyampaikan lagu dan lirik ciptaan Aidit Alfian dan Ad Samad ini.

Dengan hanya duduk sahaja di atas pentas yang berupa sebuah kotak besar, membuatkan penonton dan peminat kini mampu membuka mata tentang bakat yang dimiliki oleh Elyana.

5) Stacy (Aku Stacy)

Stacy juga antara penyanyi yang menjadi perhatian pada malam AJL23 kerana ramai yang mahu melihat persembahan bertenaganya tatkala menyampaikan lagu Aku Stacy.

Dan, Stacy membuktikan kehadirannya di persada seni tanah air bukanlah satu yang sia-sia kerana menerusi persembahan Stacy pada malam itu, Stacy mampu untuk berada dalam industri untuk jangka masa yang lama.

Berbekalkan kuasa dan semangat yang ada dalam dirinya, menjadikan persembahannya begitu energetik dan menarik sekali. Malah, vokalnya juga ampuh sepanjang mempersembahkan lagu tersebut.

Gerak tarinya begitu kemas dan bertenaga lantas tidak salah untuk mengatakan Stacy boleh diibaratkan seperti penyanyi dari seberang iaitu Agnes Monica.


POST BY : CYPAN

Monday, January 19, 2009

Stacy @ Malam AJL 23

AJL telah pun melabuhkan tirainya. Terjawab sudah segala persoalan lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 23. Pemilihan Lagu Untukmu sebagai Juara Lagu nyata menepati ramalan semua pihak. Kali kedua berturut-turut band indie memenangi Anugerah Juara Lagu selepas kumpulan Estranged.

Kak Intan Norul Azlina dan ibu Stacy, Puan Agnes

Bergambar kenangan dengan ahli keluarga Stacy

Finalis di perkenalkan

Bergambar kenangan sebelum balik.

Bergambar dengan banner Stacy dan komposer lagu Aku Stacy - Kak Intan Norul Azlina

Stacy di luar stadium.

All pics credit to Abg Casper

Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah, Stacy telah pun memberikan persembahan yang mantap dan bertenaga pada malam itu. Perjalanan kariernya masih jauh dan dia masih muda untuk mencapai apa yang telah dicapai oleh artis-artis yang telah pun mencipta nama seperti Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Jacylin Victor dan ramai lagi.

Buat Stacy, teruskan usaha anda. Anda mampu mencapai kejayaan seperti yang pernah dicapai oleh artis-artis yang pernah mencipta nama melalui pertandingan Anugerah Juara Lagu.

Sunday, January 18, 2009

Stacy @ AJL


Malam ini, Stacy akan bertarung dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu yang ke 23. Saingan cukup sengit terutama dari lagu-lagu yang dipertandingkan. Walaupun tidak diberi sebarang harapan untuk memenangi anugerah juara lagu kali ini, namun peminat Stacy yakin beliau mampu mengondol anugerah persembahan terbaik. Berdasarkan kelincahan dan energetik yang ditunjukkan setiap kali beraksi di atas pentas, tidak salah sekiranya Stacy memenangi kategori persembahan terbaik.

Malah satu bonus juga jika Stacy mampu memenangi Anugerah Vokal Terbaik yang mula diperkenalkan pada tahun 2002. Semoga Stacy akan melakukan yang terbaik pada malam ini.

Yang pastinya, peminat setia Stacy sudah bersedia untuk memberi sokongan kepada Stacy di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemeriahan ketika Semifinal Poprock lalu akan berulang kembali. Ayuh Stacyfrenz, kita kasi gegar pentas final AJL!

Saturday, January 17, 2009

Polar Perubahan Anugerah Juara Lagu


Teks oleh Ellyna Ali
Sumber dari Murai.com

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2008: Banyak perubahan yang telah tercetus dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Nama-nama besar seperti seperti M Nasir, Adnan Abu Hassan, Saari Amri, Fauzi Marzuki, Azmeer, LY, Helen Yap, Johan Nawawi, KRU, S Atan dan Pak Ngah nampaknya sudah semakin kurang menguasai pertandingan yang bertujuan mengangkat kualiti karya lagu dan lirik tempatan.


Sebaliknya, ia semakin banyak dimonopoli kebanyakan komposer serta penulis lirik muda dari kalangan generasi yang baru. Inilah polar perubahan yang dapat dilihat menerusi Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang bakal berlangsung Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad ini.

Antara wajah-wajah komposer dan penulis lirik baru yang muncul dalam AJL22 adalah Norul Intan Azlin dan Layla Ismail yang telah mencipta lagu untuk Stacy menerusi Aku Stacy, manakala Hafiz Hamidun Hamidun untuk Aiman menerusi Dusta Berkalang.


Bintang Akademi Fantasia 5, Aizat pula telah mencipta serta menulis sendiri lirik lagunya, Lagu Kita. Begitu juga dengan Faizal Tahir yang telah menulis sendiri lirik lagu bagi kedua-dua lagunya, Cuba dan Sampai Syurga.


Dalam pada itu, Estranged yang sebelum ini telah mencetuskan kejutan apabila menjadi band muzik Indie pertama memenangi AJL tahun lalu, telah muncul kembali dengan karya baru ciptaan mereka, Yang Pernah.


Tidak terkecuali Zimi, Aremeer dan One daripada Sofaz menerusi Bukan Di Sini serta Taja, Tass dan Lan daripada Meet Uncle Hussein yang buat pertama kalinya mempertaruhkan lagu ciptaan mereka, Lagu Untukmu. Sebelum ini, lagu ciptaan Taja dan Tass, Janjiku nyanyian Sofaz telah berjaya melangkah ke peringkat pertandingan AJL21.


Komposer serta penulis lirik baru yang telah sekian lama dikenali seperti Audi Mok, Tam Spider serta Ahmad Fedtri Yahya pula terus memberi saingan kepada AJL22. Manakala, komposer atau pun penulis lirik senior yang masih lagi berjuang adalah Azlan Abu Hassan, Eddie Hamid, Aidit Alfian, Julfekar, Ajai, Habsah Hassan, Loloq, Azalea, Ad Samad serta Ku Seman.


Perubahan yang berlaku dalam AJL22 boleh disifatkan sebagai menarik kerana sedar atau tidak, ia sebenarnya telah mencetuskan satu evolusi di dalam perkembangan muzik tanah air. Evolusinya adalah masyarakat mahupun sesuatu yang segar dan baru daripada karyawan generasi muda.


Lagu mana layak jadi juara AJL22?


Banyak persepsi yang mengatakan bahawa salah satu lagu nyanyian Faizal Tahir iaitu Cuba ataupun Sampai Ke Syurga yang berada dalam kategori balada bakal dinobatkan sebagai Juara AJL22 kerana dia adalah artis di bawah label Monkey Bone iaitu anak syarikat Media Prima.


Atas sebab itu, ada pihak mendakwa TV3 selaku penganjur pertandingan mungkin mempunyai agenda tertentu untuk memberikan kemenangan buat Faizal.


Namun hakikatnya, kalau dilihat dari sudut yang lain, kedua-dua lagu ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir itu sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri untuk menang.


Cuba memiliki kekuatan liriknya kerana ia menampilkan luahan hati seorang lelaki apabila seseorang yang disayangi tidak mampu mendengar apa yang ingin disuarakannya sedangkan dia sentiasa berada di sisi gadis itu saat diperlukan.


Lagu yang turut dilihat bersaing hebat bagi kategori yang sama adalah Lagu Kita ciptaan dan nyanyia Aizat. Lagu ini dilihat mempunyai potensi yang cukup tinggi kerana ia mewakili lagu yang pendengar hari ini mahukan.


Lagu lain yang berada dalam kategori balada iaitu Hanya Di Mercu, Bila Naik Saksi dan Dingin adalah jenis lagu yang telah biasa kita dengar sebelum ini.


Banyak juga yang menganggap Estranged menerusi lagu Yang Pernah akan mengulangi semula kejayaan seperti mana Itu Kamu sebagai Juara Lagu dan juara kategori Pop Rock.


Perkara itu tidak mustahil berlaku kerana lagu tersebut mempunyai komposisi yang mantap dari sudut melodi serta liriknya. Namun Estranged juga perlu berdepan dengan Kalis Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad) nyanyian Elyana.


Lagu yang berentak retro dan penuh attitude ini disifatkan mampu memberikan kejutan yang cukup besar buat Estranged berbanding Lagu Untukmu, Aku Stacy dan Bukan Di Sini yang mempunyai sedikit kekurangan dari segi kekuatan melodi atau pun lirik mereka.


Bagaimana pula dengan kategori Etnik Kreatif? Ketiga-tiga lagu yang dipertandingkan dalam kategori ini iaitu Doa Dalam Lagu, Dusta Berkalang serta Persoalan Cinta tidak mempunyai kriteria yang kuat sebagai juara.


Bagi kategori Vokal Terbaik, peluang yang besar terletak pada Faizal Tahir, Aizat, Elyana dan Stacy. Namun, peserta yang lain juga mampu membuat kejutan mereka terutama penyanyi senior kita, Ziana Zain.


Begitu juga dengan kategori, Persembahan Terbaik siapa tahu ia mungkin milik peserta dari kategori Elyana atau Stacy.


SENARAI LAGU BERTANDING



Balada

- Sampai Syurga/ Faizal Tahir (Audi Mok & Faizal Tahir)
- Bila Nak Saksi / Spider (Tam Spider & Loloq)
- Hanya Di Mercu/ Ayu OIAM (Aubrey Suwito & Habsah Hassan)
- Cuba / Faizal Tahir (Audi Mok & Faizal Tahir)
- Lagu Kita/ Aizat (Aizat)
- Dingin/ Ziana Zain (Azlan Abu Hassan & Azalea)


Pop Rock

- Kalis Rindu/ Elyana (Aidit Alfian & Ad Samad)
- Lagu Untukmu / Meet Uncle Hussain (Taja, Tass, Lan & Taja, Tass)
- Yang Pernah/ Estranged (Estranged)
- Aku Stacy/ Stacy (Intan Norul Azlin & Inton Norul Azlin/ Layla Ismail)
- Bukan Di Sini/ Sofaz (Zimi & Aremeer/One)


Etnik Kreatif

- Doa Dalam Lagu/ Zahid dan Heliza (Ajai & Loloq)
- Dusta Berkalang/ Aiman (Hafiz Hamidun & Ahmad Fedtri Yahya)
- Persoalan Cinta/ Farawahida (Julfekar & Ku Seman/ Izza Rosley)

POST BY : QUEEN OF MEROYAN @ CYPAN

Sunday, January 11, 2009

Memori Tercipta

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Saturday, January 3, 2009

New Year & Besday Party @ Mewah Court

Haliuuuuu.....
Ni post baru sempena tahun baru. Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada pelawat blog ini. Semoga azam pada tahun lepas tertunai dan tanamkan azam yang baru tahun ni. Azam aku pada tahun ni, biarlah rahsia. Tak payahlah nak tau. Yang penting, tahun ni pasti lebih baik dari tahun lepas.

Aktiviti sambutan hari jadi anak saudara Mrs. X dan juga sambutan tahun baru telah diadakan di tepi kolam renang di Mewah Court. Ini merupakan aktiviti pertama aku dan rakan-rakan yang dikenali di alam maya, iaitu rakan-rakan dari Stacyfrenz. Kalau Stacyfrenz dah bertemu, memang suasana menjadi gamat dan meriah. Apa-apa pun, enjoy the pics!

Hmm...berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama besar. He..he..he...

Muka macam lapar jer? Mesti dalam hati tak sabar nak tunggu time makan ni!

Semua makan tak ingat dunia! Lapar sangat ke?

Sempat lagi Sun posing time makan. Kenapa dengan mulut Liza tu?


Masing-masing tengah berselera menjamu makanan.

Itu sajalah coretan aku untuk pembuka tirai blog ni pada tahun ni. Semoga lepas ni banyak lagi aktiviti yang boleh aku rakamkan untuk dikongsikan bersama. C ya.....

POST BY : QUEEN OF MEROYAN @ CYPAN