Jom chat di sini!

Monday, November 17, 2008

Stacy Di Potluck



KUALA LUMPUR 16 NOV - Satu acara ramah mesra bersama peminat telah diadakan di Mewah Court Pandan Indah. Acara itu dipanggil Stacyfrenz Potluck anjuran Stacyfrenz. Majlis itu di hadiri lebih kurang 50 hadirin. Stacy dan Cherry turut hadir memeriahkan acara itu.
Acara dimulakan dengan majlis sambutan hari jadi salah seorang ahli Stacyfrenz, Liana. Dia turut menerima kejutan bila dicampakkan ke kolam oleh ahli Stacyfrenz yang lain. Selesai majlis sambutan hari jadi, acara dimeriahkan dengan sesi karaoke. Stacy cukup sporting bila menari bersama dengan Mrs. X. Acara diteruskan dengan permainan berebut kerusi dan kotak beracun. Stacy dan Cherry turut sama dalam dua acara permainan itu.
Queen Of Meroyan tidak turut serta dalam acara berebut kerusi kerana terpaksa menjawab satu panggilan kecemasan dari pejabat. Jadi Queen Of Meroyan hanya melihat Queen Of Blurr meneruskan saingan. Selepas permainan berebut kerusi, acara diteruskan dengan permainan kotak beracun. Pada acara ini, Queen Of Meroyan tersingkir awal diikuti Queen Of Blurr dan Stacy. Ketika Queen Of Meroyan tersingkir, Queen Of Meroyan didenda terjun ke dalam kolam. Queen Of Meroyan sporting menuruti kehendak pengerusi acara, Casper dan terjun ke dalam kolam. Namun Queen Of Blurr tidak terjun ke dalam kolam walaupun diminta berbuat demikian. Stacy pula terselemat dari denda.
Sebelum permainan dimulakan, Queen Of Meroyan dan Queen Of Blurr mengambil kesempatan ini untuk menemubual Stacy. Berikut adalah temubual kami dengan Stacy.

QOBlur : Stacy, kami nak tahu pasal gosip Stacy dan Nubhan yang masih diperkatakan?
Stacy : Ada lagi ka? Ini semua gara-gara cerita Ada Cinta. Tak ada apa-apalah. Kami kawan jak.
QOBlur : Tapi kan Stacy, Stacy lebih sesuai bawa watak yang kecoh dan happy. Sesuai dengan karakter Stacy yang ceria.
Stacy : Itulah kan. I pun rasa lain bila berlakon dalam Ada Cinta tu. Sebab I kena control ayu. I ni jenis yang tak tahu malu. Wah! Terlebih sudah!
QOMeroyan : Setakat ni dah berapa buah lagu Stacy rakamkan?
Stacy : Stacy dah rakamkan 5 buah lagu.
QOMeroyan : Jadi Stacy memerlukan 5 lagi lagu untuk melengkapkan album ini?
Stacy : Tak. Mungkin album ni ada 8 lagu ja.
QOMeroyan : Nak tanya Stacy. Dialog dalam sketsa Di Bawah Ketiak Isteri tu dialog sendiri atau skrip?
Stacy : Ooo, yang itu dialog sendiri. Kami cuma diberi point, dan disuruh membuat dialog secara spontan.
QOMeroyan : Lagu Indera tu nanti ada dalam album Stacy dan Nubhan juga?
Stacy : Iya. Ada dalam album Stacy dan juga Nubhan.
QOMeroyan : Bila album Stacy ni akan dikeluarkan?
Stacy : Mudah-mudahan pada hujung tahun ini.
QoBlur : Apa single terbaru yang Stacy dah rakamkan?
Stacy : Tajuk single tu Gagap. Nyanyi pun kena gagap.

Stacy sempat menyanyikan sedikit rangkap lagu Gagap itu. Perbualan kami terhenti bila Stacy menyertai hadirin yang lain bermain. Maka, Queen Of Blur dan Queen Of Meroyan pun turut serta main.

Teks oleh : Queen Of Meroyan
Gambar oleh : Queen Of Blurr

Gambar sewaktu permainan berjalan tiada kerana dua orang ahli MMC menyertai permainan. Ingin melihat gambar yang lain, silalah tengok di blog Stacyfrenz.The pictures below credit to Adriana.





Inilah b'day gurl,Liana yang telah dicampakkan ke kolam oleh ahli-ahli StacyFrenz yang lain.




QOMeroyan bersama Stacy



QOBlur bersama Stacy



1 komen:

cik temah said...

korunk budjet korunk wartawan la ni???

wakakakakakakakakakaka.. adei krem2 aku baca!