Jom chat di sini!

Tuesday, November 25, 2008

Cerpen - Abadi Sebuah Cinta

Tania dan Riya masuk ke dalam ballroom hotel lima bintang itu. Tania agak janggal menghadiri majlis hari jadi yang dianjurkan oleh rakan Riya di hotel itu. Dia tidak biasa mengenakan dress dan berdandan. Kalau tidak kerana Riya, dia lebih suka duduk di rumah dan melayan tv. Riya menarik tangan Tania dan memperkenalkan rakannya kepada Tania. Tania menghulurkan tangan bersalaman dengan Shereen, rakan Riya yang mengadakan majlis hari jadi di hotel lima bintang ini. Shereen merupakan anak bongsu kepada seorang tokoh korporat di negara ini. Shereen mengenali Riya kerana Riya merupakan doktor yang merawat bapa Shereen ketika bapa gadis itu dimasukkan ke hospital kerana serangan sakit jantung.
Tania menarik tangan Riya menuju ke tempat hidangan. Bagi Tania, perutnya lebih penting ketika ini. Sejak dia menyatakan persetujuan mengikut Riya ke majlis ini, dia hanya mahu mengisi perutnya dengan makanan yang mahal-mahal. Riya mengeleng kepala melihat perangai buruk rakannya. Walaupun kuat makan, Tania bertuah kerana badannya sukar naik.
Namun kemeriahan majlis menjadi kecoh bila sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang dan mesin gan masuk ke ballroom dan mengarahkan semua hadirin tunduk. Shereen pantas ditarik oleh seorang lelaki dan wanita yang bertopeng ke satu sudut. Riya pantas menarik tangan Tania yang sedang enak menjamu selera dan mengikuti segala arahan mereka. Semua hadirin yang menghadiri majlis hari jadi Shereen kini menjadi tebusan kumpulan bertopeng itu.
Tania dan Riya duduk bersama tebusan yang lain. Wajah masing-masing pucat. Memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka selepas ini. Namun pandangan mata Tania tidak lepas memandang ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk memerhatikan anak-anak buahnya mengikat seorang demi seorang tebusan yang ada di situ. Walaupun lelaki itu memakai topeng, susuk tubuh dan mata lelaki itu mengingatkan dia kepada seseorang. Gelagat Tania disedari ketua kumpulan itu. Tania segera mengalihkan pandangannya bila mata lelaki itu menghala ke arahnya.
Lelaki itu menghampiri Tania. Dalam keadaan tangan yang terikat, Riya mendekatkan dirinya dengan Tania. Memberi isyarat, tidak mahu rakan baiknya itu diapa-apakan oleh mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari ballroom itu. Tania menarik nafas lega. Namun dalam hati, dia tidak pasti sama ada lelaki itu menyedari tingkah lakunya atau tidak.
Riya memandang ke arah Tania. Dia ingin mengatakan sesuatu terhadap Tania, namun dengan keadaan mulutnya yang disumbat dengan kain, menyebabkan segala kata-kata Riya tersekat di kerongkong. Selepas lelaki itu keluar, perempuan yang bersama dengan ketua kumpulan itu tadi menghampiri Tania. Dia memandang tepat ke arah Tania.
"Tania? Kau masih hidup lagi?" kata perempuan itu. Dia baru menyedari Tania dan Riya adalah antara yang menjadi tebusan di majlis hari jadi anak orang kenamaan itu.
Dahi Tania berkerut. "Perempuan ni kenal aku? Macam mana dia kenal aku? Keluarga aku bukanlah kaya sangat macam bapak Shereen! Tapi apa maksud dia aku masih hidup? Bila masa pula aku ni mati?" namun segala persoalan itu hanya berlegar dalam fikiran Tania. Dia tidak mampu mengajukan soalan itu kepada perempuan itu.
Ketua kumpulan penculik itu masuk semula. Dia menghampiri wanita tadi dan berkata sesuatu kepadanya. Wanita itu melenting marah.
"Sebab Tania ada, kau nak lepaskan mereka semua?" tanya wanita kepada lelaki itu.
Tania memasang telinga bila mendengar namanya menjadi bahan bualan.
"Kita dah merancang semua ni, tiba-tiba saja kau nak kita bebaskan semua tebusan? Kenapa dengan kau ni San? Kerana Tania, kau nak batalkan apa yang kita buat hari ni?
Tania berkerut dahi. "San?" Dia memandang ke arah Riya. Dia ingin bertanya sesuatu kepada Riya, namun keadaan mulut mereka diikat dengan kain, menyukarkannya.
Perempuan itu kemudian menghampiri Tania, namun sempat ditarik oleh ketuanya dan diberi amaran.
"Jangan sesekali kau sentuh dia! Aku nak keluar kejap, dan aku nak kau pastikan semua tebusan selamat. Aku tak nak seorang pun cedera terutama sekali dia!
Perempuan itu merengus. Pemuda yang dipanggil San keluar dari ballroom itu. Dia menghampiri Tania.
"Apa istimewanya kau ni sampai San tak boleh lupakan kau?"
Tania berkerut dahi. Tidak memahami maksud kata-kata perempuan itu.
"Kau tak kenal aku ke?"
Tania menggeleng kepala.
"Tak apa. Biar aku ingatkan kau balik,"
Perempuan itu kemudian menghampiri sistem PA yang ada di situ. Dia memasang kamera video yang digunakan untuk merakamkan keadaan tebusan dan mula memasangnya.
Semua yang ada di situ mula memberi perhatian terhadap rakaman yang ditayangkan. Tania dan Riya turut memberi perhatian. Tania berkerut dahi melihat semula rakaman video itu. Pada awal rakaman Riya memberitahu dia akan merakamkan segala saat manis Tania dan San sepanjang percutian mereka di Cherating Pahang.
Riya menjadi jurukamera merakamkan saat manis-manis Tania dan San. Riya merakamkan saat San mengukir nama dia dan Tania di atas pasir. San kemudian memadam perkataan Nia dan mengabungkan gabungan namanya dan nama Tania menjadi Santa. Tania ketawa terbahak-bahak melihat San mengabungkan nama mereka.
Tayangan video itu dihentikan. Perempuan itu kemudian menghampiri Tania dan membuka topengnya.
"Aku Marina, perempuan yang kau lihat berada di bilik tidur dengan San ketika kau nak buat suprise untuk hari jadi dia. Kau berlari ke luar rumah bila melihat aku dan San dalam bilik tidur. Ketika kau berlari keluar rumah tu lah, kau dilanggar kereta yang menyebabkan kau hilang ingatan,"
"Tapi kenapa aku tak ingat pasal kau, San dengan Nicholas? Kenapa aku hanya ingat Riya sorang kalau betul aku pernah mengenali kamu semua?"
"Sebab kau amnesia akibat kemalangan. Tapi aku tak percaya yang kau ni betul-betul amnesia. Sebab doktor yang merawat kau tu Riya, kawan kau sendiri. Dia boleh palsukan segala laporan perubatan pasal kau."
"Hoi! Kau jangan nak buat fitnah! Aku tak pernah tipu dalam laporan perubatan pasal Tania. Dia memang amnesia sebab kemalangan tu!"
"Tapi aku ingat kau dah mati? Kau terselamat dari kemalangan yang aku rancang tu,"
"Oh! Jadi kau rosakkan brek kereta Tania?"
"Memang aku yang rosakkan brek kereta Tania kerana selagi kau hidup, San tak boleh lupakan kau! Tapi macam mana kau boleh selamat? Sedangkan kereta kau menjunam ke dalam gaung?"
"Itu namanya panjang umur. Belum tiba masanya untuk Tania ni mati lagi!" jawab Riya.
"Ok, aku nak uji betul ke kau memang amnesia atau memang ada pemalsuan dalam laporan perubatan kau,"
"Kau nak buat apa ni?" tanya Riya.
Marina menghampiri Riya dan mengikat semula mulut Riya. Dia membuka ikatan tangan Tania.
"Tania yang aku kenal cekap dan handal bermain pedang serta seorang penembak yang tepat. Semuanya hasil usaha gigih San mengajar dan mendidik kau ilmu mempertahankan diri menggunakan pedang dan pistol. Jadi, sekarang ni aku nak menguji kecekapan kau,"
Riya membantah hasrat Marina kerana dia tahu Tania akan kalah. Memang benar San pernah mengajar Tania, namun amnesia yang dialami Tania membuatkan Tania melupakan semuanya. Namun kata-kata Riya hanya bergema di kerongkongnya. Marina mencabut pedang dari pinggangnya. Dia memberikan pedang kepunyaan San yang ditinggalkan sebelum San meninggalkan ballroom sebentar tadi kepada Tania. Tania menyambut pedang itu. Melalui senjata yang digunakan mereka, Tania tahu kumpulan itu meniru kumpulan kongsi gelap di Jepun yang dikenali sebagai yakuza menggunakan pedang.
Marina memulakan serangan terhadap Tania. Tania terkejut bila Marina memulakan serangan. Pedang yang dipegang terlepas dari pegangan. Ketika Tania mahu mengutip semula pedangnya, Marina menyerang. Namun Tania sempat mengelak. Tania berusaha melarikan diri dari serangan pedang Marina. Tercungap-cungap Tania mengelakkan diri dari serangan Marina. Tania tersandar ke dinding bila Marina menendang kuat tubuhnya. Kepalanya terhantuk ke dinding. Tania menahan kesakitan. Dia berusaha bangun.
Marina mengeluarkan pisau dan meluru ke arah Tania. Mata Tania terbeliak. Wajahnya berkerut menahan kesakitan akibat tusukan pisau tepat ke perutnya. Tania menjadi lemah dan rebah di sisi kaki Marina.
Riya menjerit melihat keadaan Tania. Airmata mengalir laju di pipinya. Ahli kumpulan penculik yang berada di ballroom itu, tergamam. Tiada seorang pun yang berani mengingatkan Marina mengenai amaran San tadi. Marina mencapai pedangnya dan memandang ke arah Shereen. Shereen terketar-ketar ketakutan. Dia memejamkan mata bila Marina mengangkat tinggi pedangnya dan bersiap sedia mahu memancung kepalanya.
Tania meluru ke arah Shereen dan menahan mata pedang itu menggunakan tangannya. Darah memancut keluar dari kedua-dua tapak tangan Tania. Riya menangis gembira melihat Tania masih hidup. Tania kemudian menendang kaki Marina menyebabkan Marina terjatuh. Tania mencapai pedang Marina. Marina mencapai pedang San yang berada tidak jauh darinya.
"Nak beradu kekuatan, carilah lawan yang sesuai dengan kau," kata Tania.
"Bukankah aku dah tikam kau dengan pisau tadi?" tanya Marina hairan.
"Memang betul kau tikam aku tadi, tapi aku sempat menahan pisau tu dengan tangan aku," Tania menunjukkan tapak tangannya yang berdarah.
Mata Riya terbeliak. Dia percaya, ingatan Tania sudah pulih akibat hantukan ke dinding tadi. Pertarungan antara Marina dan Tania berlangsung sengit. Kedua-duanya sama hebat dan saling melancarkan serangan. Walaupun sudah lama tidak bermain pedang, Tania ternyata masih ingat dan mampu bermain pedang dengan baik. Dia mampu menyaingi serangan bertubi-tubi dari Marina.
Namun kecederaan di bahagian tapak tangan Tania menyukarkan sedikit pergerakan Tania. Banyak kali juga pedang terlepas dari tangannya. Kali ini Tania tidak mampu menahan serangan bertubi-tubi dari Marina. Tania berserah seandainya dia ditakdirkan mati di tangan Marina. Tania tersandar di dinding. Peluh membasahi tubuhnya. Tania memejam mata bila Marina bersiap sedia menamatkan riwayat hidupnya.
Tania membuka mata bila mendengar suara Marina menjerit kesakitan. Dia melihat mata pedang San tertusuk di belakang Marina. San telah kembali semula ke situ dan menyelamatkannya. Lelaki yang satu ketika dulu pernah mencuri hatinya dan membahagiakan hidupnya. Namun kini, lelaki yang dicintainya itu merupakan seorang penjenayah.
San dan Marina mengetuai sebuah kumpulan kongsi gelap yang mengikut stail kumpulan kongsi gelap yakuza di Jepun. Sasaran mereka, menculik anak-anak orang kenamaan dan meminta wang tebusan dari keluarga tebusan mereka. Dengan wang itu, mereka membiayai operasi kumpulan mereka selain melakukan jenayah lain seperti penyeludupan dan mengedar dadah.
Namun takdir telah menemukan San atau nama sebenarnya Santiago jatuh cinta dengan Tania ketika mereka bercuti ke Cherating. Di situlah titik pertemuan San dan Tania. Malah ketika ulangtahun kedua mereka sebagai pasangan kekasih, San dan Tania telah bercuti ke Cherating bersama teman-teman mereka, Riya dan Nicholas. Pada pertemuan itu juga, San telah menghadiahkan seutas rantai yang diukir nama gabungan mereka berdua, iaitu SANTA kepada Tania.
Marina rebah di hadapan Tania. Tania memandang tepat wajah Santiago. Serta-merta kenangan manis mereka berdua hilang bila mengenangkan segala perbuatan lelaki itu. Tania mencapai pedang disebelahnya dan menyerang San. San terkejut. Namun dia sempat menepis serangan Tania. Tania tetap hebat walaupun amnesia selama ini.
"Kau betul-betul nak bunuh orang yang dah selamatkan kau?" tanya San kepada gadis yang dicintainya.
"Kau patut dihapuskan dari muka bumi ni! Orang seperti kau tak patut dibiarkan hidup!" Tania terus melancarkan serangan.
Seperti pertarungan antara Marina dan Tania, begitu juga pertarungan antara dua insan yang saling mencintai antara Santiago dan Tania. Masing-masing sama handal dan sama hebat. San menghayunkan pedangnya namun sempat ditahan Tania. Tania kemudian mengunci pergerakan San dan berjaya merampas pedang dari tangan San. Tania menendang kuat tubuh San sehingga San tersandar ke dinding.
Mata pedang Tania berhenti betul-betul di leher San. San menatap wajah Tania.
"Aku tahu kau tak sampai hati nak bunuh aku sebab kau masih cintakan aku. Mana mungkin kau tergamak nak bunuh orang yang kau sayang,"
"Kau jangan cabar aku San. Kau jangan ingat cinta ini tak mampu membunuh kau!"
"Lakukan Tania. Kalau betul kau maksudkan, lakukannya!"
Mata pedang Tania masih berada di leher San. Benar kata San, dia tidak mampu membunuh San kerana cintanya untuk lelaki itu masih ada. Mana mungkin dia tergamak membunuh cinta hatinya sendiri. Tania melepaskan pedangnya. Dia berpaling membelakangkan San.
Ketika ini San mengeluarkan pistol yang diselitkan di kakinya dan bersiap sedia menembak Tania. Tania yang menyedari keadaan itu, segera berguling ke arah Marina dan menarik pistol Marina. Dia menarik picu dan melepaskan tembakan ke arah San. Tembakan itu tepat mengenai bahu, dada dan perut San. Pistol Tania kehabisan peluru. Ketika ini, San tertawa melihat Tania kehabisan peluru. Dia masih menghalakan muncung pistolnya ke arah Tania.
Tania memejamkan mata, menanti pistol San memuntahkan pelurunya.
San tertawa. Dia menunjuk ke arah Tania pistolnya yang tidak diisi dengan peluru.
"Kau memang betul-betul nak bunuh aku Tania," kata San sedih.
Pistol dari tangan Tania terlepas selepas mengetahui pistol San tidak mengandungi peluru. Dia terduduk dan mengadap San.
"Tania, maafkan aku kerana merahsiakan semuanya dari kau. Bukan niat aku untuk melukakan hati kau, Tapi percayalah, antara aku dengan Marina hanyalah sebagai kawan. Apa yang kau nampak sebelum kemalangan tu adalah lakonan semata-mata. Bila aku dah terlanjur menyintai kau, baru aku sedar siapa diri aku. Aku bukan orang suci dan tak layak untuk gadis seperti kau. Kalau pun aku cuci tangan dan kembali menjadi orang biasa, pihak berkuasa tetap akan memburu aku. Aku berpakat dengan Marina supaya kau percaya yang aku mempunyai hubungan intim dengan Marina. Rancangan kami berjaya, tapi kau pula terlibat dalam kemalangan dan mengalami amnesia. Aku sengaja tak isi pistol ni dengan peluru kerana aku tak mahu menggunakannya sebaik saja aku kembali ke sini.
Aku juga tak tahu kau antara jemputan yang dijemput dalam majlis hari jadi ni. Mungkin dah takdir, yang kita ditemukan sekali lagi untuk mengucap selamat tinggal antara satu sama lain. Aku juga pernah berjanji, aku lebih rela mati di tangan kau dari mati di tali gantung dan mati di tangan polis. Dan hari ni, permintaan aku dikabulkan.
Nafas San tersekat-sekat. Airmata seorang lelaki mengalir dari pipinya. Buat pertama kali dia mengalirkan airmata kerana seorang gadis. Penjenayah sepertinya memang tidak layak untuk menikmati erti cinta.
Pintu ballroom terbuka. Sepasukan polis menyerbu masuk. Nicholas yang berpakaian seragam polis menyuruh anggotanya menyelamatkan tebusan yang lain. Nicholas merapati Tania yang masih berlutut di hadapan San.
"Kau datang tepat pada masanya Nick,"
"Kau ke yang telefon polis mengatakan ada satu drama tebusan di hotel ni?"
San menganggukkan kepala. "Aku yang telefon kau tadi Nick. Aku fikir, dah tiba masanya aku bersara melakukan jenayah. Pada mulanya memang niat aku nak minta tebusan dari semua yang di sini. Tapi bila aku terpandangkan Tania, aku ubah fikiran," San memandang ke arah Tania semula. "Tania, aku nak kau tahu. Sehingga ke saat ini, aku tak pernah berhenti menyintai kau,"
Riya mendapatkan Tania sebaik ikatannya dileraikan.
"Nick, tak payahlah kau suruh orang-orang kau tahan aku. Masa aku dah nak sampai. Aku cuma nak diberi kesempatan menatap sepuas-puasnya wajah Tania sebelum aku menutup mata. Dan aku ada permintaan terakhir. Aku harap kau dan Riya boleh memujuk Tania untuk menunaikan permintaan terakhir aku ni,"
Riya dan Nicholas saling berpandangan. "Apa dia San?" tanya Nicholas.
"Aku harap Tania sudi menuntut mayat aku. Aku tidak mahu pemergian aku meninggalkan tanda kerana aku tak mahu Tania terus hidup dalam kenangan cinta antara kami. Aku nak mayat aku dibakar dan abu mayat aku dibuang ke tempat pertama pertemuan kita dulu. Boleh tak Nick, Riya, kamu tolong pujuk Tania untuk tunaikan permintaan aku?"
"Aku cuba San,"
"Dan satu lagi, Tania, Nick, boleh tak kamu berdua rapat dengan aku?"
Tania merapati San. Anggota bawahan Nicholas bersiap sedia sekiranya San melakukan sesuatu ketika Tania merapatinya namun Nicholas memberi jaminan San tidak akan berbuat apa-apa. Nicholas merapati San.
San mencapai tangan Tania dan tangan Nicholas. Dia menyatukan kedua-duanya.
"Nick, aku tahu kau cintakan Tania dan aku yakin kau mampu bahagiakan dia. Tania, aku tak nak kau menutup terus pintu hati kau. Berilah peluang pada Nick untuk membahagiakan kau. Terimalah hakikat, aku bukan untukmu,"
Tania menarik tangannya dari pegangan tangan Nicholas.
"Dan satu lagi, izinkan aku memeluk diri kau buat kali terakhir untuk aku ucapkan selamat tinggal buat selamanya. Biarlah aku merasai bahagia itu walaupun hanya seketika,"
Tania merapatkan dirinya dengan San dan membiarkan lelaki itu memeluk dirinya. Akhirnya San menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan Tania.
Angin laut membelai lembut rambut Tania. Di tangannya bekas mengandungi abu mayat San. Cherating, tempat pertama pertemuan dua insan, Santiago dan Tania. Dan kini, Tania hadir ke tempat penuh kenangan ini untuk menunaikan permintaan terakhir Santiago yang mahu disemadikan di sini.
Perlahan-lahan Tania mencurahkan abu mayat San ke laut. Dia membuka rantai SANTA yang selama ini setia menemani dirinya dan menjatuhkan rantai itu ke dalam laut. Biarlah SANTA turut bersemadi bersama-sama San di laut ini.
"Kenapa sementara cerahnya cinta kita San? Kenapa mesti kita yang melalui perpisahan ini? Walaupun berat hati ini untuk melepaskan kau pergi, terpaksa aku relakan. Tertutup sudah pintu hati ini yang pernah aku buka untuk kau, San. Aku terpaksa relakan kau pergi, walaupun aku tak mahu. Soal aku dan Nick, biarlah masa yang menentukan. Tak mungkin semudah itu untuk sesiapa mengantikan tempat kau di hati ini,"
Riya mengusap bahu Tania. Dia memeluk erat sahabatnya. Berat mata yang memandang, berat lagi hati Tania menanggung semuanya.
"Selamat tinggal sayangku. Kau tetap abadi dalam kenangan dan hati ini,"
Tania dan Riya sama-sama meninggalkan tempat itu. Membiarkan abadinya sebuah cinta bersemadi di situ. Yang pastinya, Tania tetap akan mengingati San sebagai kenangan terindah dalam hidupnya biarpun hidup pemuda itu dipalit dosa atas jenayah yang dilakukannya. Biarlah San tetap abadi di hatinya seperti mana abadinya sebuah cinta di tempat ini.

nukilan
-Queen Of Meroyan-

3 komen:

에다Ishak said...

cypan!sdeyh shiot cite ko!nak nanes aku.

✿ jasmin ✿ said...

wwaahhh cypan..
berbakat sungguh ko nih..kagum2...
sedeh seh citer ni..uuuwwwaaa...

Unknown said...

wah! sedih ke? anyway tq tuk komen tu! ni lah 1st karya aku, aku publish tuk org baca. slama ni aku berkarya, aku simpan jer! hu..hu...anyway tq skali lg tuk komen tu! x sesia aku perah otak 1 mlm tuk pikir idea tu. ada lg citer aku nak wat, aku akan post kt blog ni.