Jom chat di sini!

Saturday, February 21, 2009

ABPBH08: Nama-Nama Popular Gagal Ke Final


Pic credit to Murai. Com

Sana sini sibuk bercerita tentang ABPBH08 yang bakal berlangsung pada 12 April 2009 nanti. Senarai Top 5 finalis pun dah diketahui. Agak mengejutkan jugak bila ramai jugak nama-nama popular pada tahun lepas tidak tersenarai pada tahun ini. Nak buat macam mana, ianya merupakan pilihan mutlak para peminat yang mengundi.

Tahun ni, baru aku sedar nama-nama seperti Iqram Dinzly, Fauziah Ghous, Raja Azura, Fizz Fairuz, Sheila Rusly dan beberapa lagi calon yang tidak tersenarai pada tahun ni. Sedangkan banyak jugak drama-drama dan cerita mengenai artis-artis ni dipaparkan melalui media cetak. Tapi, mungkin juga bukan rezeki mereka pada tahun ni.

Adakah tahun ini, Mawi akan membawa pulang gelaran Anugerah Bintang Paling Popular atau giliran Faizal Tahir memenanginya setelah pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2008. Bagaimana pula dengan artis baru yang semakin meningkat naik dan tidak kurang hebatnya seperti Nabil dan Stacy?


Semua persoalan itu akan terjawab pada 12 April nanti. Berikut merupakan senarai Top 5 Finalis ABPBH 2008 dan juga pilihan aku.

SENARAI 5 FINALIS ABPBH 2008

Pengacara TV Lelaki Popular

1) AC Mizal
2) Ally Iskandar
3) Aznil Nawawi
4) Faizal Ismail
5) Faizal Tahir

Kredibiliti Aznil memang tiada tandingannya. Kalau dah Aznil tercalon, memang tipis harapan calon lain untuk menang kategori ni.


Pengacara TV Wanita Popular

1) Abby Fana
2) Cheryl Samad
3) Fara Fauzana
4) Juliana Evans
5) Nurul Alis

Hmmm...saingan sengit antara Fara Fauzana dengan Cheryl Samad. Kedua-dua pengacara dari Media Prima ni mempunyai keistimewaan tersendiri.

Penyampai Radio Lelaki Popular

1) AG
2) Aznil Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Kieran
5) Khairil Rashid

Saingan sengit antara Aznil Nawawi dan Faizal Ismail. Tak tahu nak pilih mana satu, sebab kedua-duanya sama popular.

Penyampai Radio Wanita Popular

1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Leeya
4) Linda Onn
5) Nana

Dari dulu pilihan aku tetap Fara Fauzana. Adakah Fara Fauzana akan mengulangi kejayaannya pada tahun lepas?

Artis Komedi lelaki Popular

1) AC Mizal
2) Afdlin Shauki
3) Nabil
4) Saiful Apek
5) Zizan

Aku rasa satu Malaysia tahu apa kelebihan Nabil. Tak hairan kalau dia menang kategori ni.

Artis Komedi Wanita Popular

1) Amyza Aznan
2) Kenchana Dewi
3) Noorkhiriah
4) Ruminah Sidek
5) Sheila Mambo

Suka dengan lakonan Kenchana Dewi. Memang kelakar dan low profile.

Artis Baru Lelaki Popular

1) Aiman
2) Fizzow Omar
3) Nabil
4) Nubhan
5) Riz

Tapi kalau nak ikut dari segi pencapaian dan populariti, Nabil lebih kot dari Nubhan.


Artis Baru Wanita Popular

1) Ayu OIAM
2) Lisa Surihani
3) Sari Yanti
4) Scha
5) Stacy

Aku suka kedua-dua calon ni, sebab aku memang minat Scha dan Stacy.

Penyanyi/Artis Nasyid Popular

1) Aiman
2) Akhil Hayy
3) Hijjaz
4) Rabbani
5) Raihan

Tak tau nak komen kategori ni.

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular

1) Estrangged
2) Fabulous Cats
3) Hujan
4) M Nasir & Malique
5) Meet Uncle Hussain

Mungkinkah kumpulan yang baru menang AJL 23 akan menang kategori ni?

Penyanyi lelaki Popular

1) Adam
2) Aizat
3) Amy Search
4) Mawi
5) Nubhan

Walaupun aku tak minat Mawi, tapi aku tak nafikan aura yang ada pada penyanyi ni.

Penyanyi Wanita Popular

1) Elyana
2) Jaclyn Victor
3) Mila
4) Siti Nurhaliza
5) Stacy

Pilihan aku adalah tiga calon ni. Siti Nurhaliza, satu Malaya dah tahu pasal dia. Begitu juga dengan Jacylin Victor. Tapi kalau Stacy menang, satu kejutan. (Aku benci kategori ni kerana aku terpaksa memilih antara dua, Stacy dan Siti Nurhaliza)

Pelakon Filem Lelaki Popular

1) Farid Kamil
2) Que Haidar
3) Rosyam Nor
4) Rusdi Ramli
5) Saiful Apek

Rasanya filem lakonan dia lebih banyak dari Farid Kamil tu. Tapi tak taulah pilihan peminat.

Pelakon Filem Wanita Popular

1) Erra Fazira
2) Liyana Jasmay
3) Maya Karin
4) Sharifah Amani
5) Vanida Imran

Hmm...dalam ramai-ramai nama, dia paling popular. Tu pendapat aku lah.


Pelakon TV lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Aqasha
3) Ashraf Muslim
4) Fahrin Ahmad
5) Rosyam Nor

Sebab aku minat dia. Hua..hua..

Pelakon TV Wanita Popular

1) Abby Abadi
2) Diana Danielle
3) Dynas
4) Fasha Sandha
5) Rita Rudaini

Sebab Dynaz jer yang popular kerana lakonan. Yang lain tu popular kerana kontroversi...

Tu semua adalah pendapat peribadi dari aku. Tak tahulah korang semua kan.....

POST BY : QUEEN OF MEROYAN @ CYPAN

Thursday, February 19, 2009

Stacy @ Mangga - Sihat Dan Cantik Cara Stacy


Oleh : Aisah Suparman

Tentu ramai yang kagum dan terhibur dengan persembahan Stacy ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 23 yang lalu. Persembahan Stacy menerusi lagu Aku Stacy begitu bertenaga dan menghiburkan. Langsung tak 'pancit'. Cayalah! Haa..kalau nak tahu apa rahsia Stacy, jom ikuti cerita Stacy yang bakal muncul dengan album sulungnya tak lama lagi.

Cerita Stacy : "Stacy ucapkan terima kasih laa kepada yang bagi respons positif dan kata-kata semangat. Walaupun tak ada rezeki malam tu tapi Stacy dah buat yang terbaik. Walaupun tak menang tapi dapat masuk final pun dah cukup bagus. So far lepas AJL pun rezeki semakin murah dan banyak pihak bagi peluang pada Stacy.

"So far apa yang Stacy buat untuk jaga stamina dan badan cantik, ialah dengan berjoging dan menari. Dalam seminggu mesti Stacy menari ataupun berjoging. Selain tu kenalah buat sesuatu dengan enjoy. Bila kita enjoy buat sesuatu kita takkan rasa penat. So bila tak penat persembahan kita akan jadi lebih menarik dan bertenaga. Akhir sekali kena laa juga jaga pemakanan. Macam Stacy tak pantang apa pun. Semua Stacy makan. Cuma sebelum menyanyi tu elakkan dari makan makanan pedas dan berminyak.

So far itu je laa yang Stacy amalkan. Kalau stress pula Stacy banyakkan berdoa dan banyakkan bercakap atau luahkan perasaan dengan orang lain. So far selama Stacy jadi artis belum lagi Stacy hadapi stress yang melampau sangat. So far Stacy dapat laa hadapinya.

Begitulah cerita Stacy yang masih berkawan baik dengan Nubhan. Peminat Stacy jangan lupa dapatkan album sulung Stacy yang telah pun berada di pasaran. Antara lagu hit dalam album itu ialah Aku Stacy, Gagap, Cerah, Pakai Buang dan Cinta Yang Ku Duga.

Monday, February 9, 2009

Stacy @ Media Hiburan - Stacy Pengganti Farra?


Bila Aniff Mengintai
Kelolaan Aniff Ghani

Masihkah anda mengingati penyanyi lagu "Bagaikan Puteri", Farra? Sudah lama kita tidak mendengar ceritanya, selepas berkahwin dan mengenakan tudung, dia lebih fokuskan kepada rumahtangga. Kalau rakan-rakan artis seangkatannya, berlumba-lumba buat 'comeback' tapi Farra nampaknya tetap dengan pendiriannya, mungkin satu hari nanti kot.

Apapun Aniff doakan Farra bahagia dengan kehidupannya disisi keluarga tercinta. Sebut tentang Farra ni, Aniff terus tergambarkan Stacy. Kenapa? Sebenarnya antara mereka ada persamaan. Farra ketika di zaman kegemilangannya, lincah dan hebat beraksi di atas pentas, malah menyanyi 'live' masih 'maintain' walaupun menari rancak mengikut step.

Begitu jugalah dengan Stacy, nampaknya dalam era sekarang, Stacy memonopoli carta penyanyi baru yang mampu menyanyi dan menari seiring. Malah kawalan pernafasannya bagus. Setiap tenaga yang ditunjukkan di atas pentas cukup luar biasa dan penonton juga terpukau dengan kehebatannya. Yang tidak minat dengan Stacy pada awalnya, boleh jatuh cinta apabila melihat persembahannya. Demikianlah penangan Stacy. Diharapkan Stacy bertahan dengan apa yang dimiliki, jaga stamina dan usia muda anda.

Monday, February 2, 2009

Stacy @ Kosmo - Stacy lawan karma

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

JIKA sebelum ini dia menerima tamparan hebat kerana melakukan kesilapan ketika membuat persembahan pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada 8 Ogos tahun lalu, sebaliknya pula pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) baru-baru ini.

Gerak tari dan vokal yang mantap saat mendendangkan lagu Aku Stacy pada anugerah tersebut menjadi bualan ramai.

Meskipun tidak membawa pulang sebarang anugerah, Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam berjaya membuktikan dirinya tidak boleh dipandang enteng, sementelah lewat kebelakangan ini dia menerima berbakul-bakul pujian dek kerana persembahan mantapnya itu.

Namun ada suara-suara yang berbisik, bahawa anak gadis berusia 19 tahun ini sebenarnya sedih kerana gagal membawa pulang anugerah untuk kategori persembahan terbaik yang diterima oleh Faizal Tahir.


Pernah memikirkan untuk berhenti menyanyi dan pulang ke Sabah

Benarkah begitu? Ketika berpeluang bersemuka dengannya dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini, Stacy hanya tersenyum saat diaju soalan perihal kekalahannya itu.

"Saya tidak kecewa dan tidak sedih pulang dengan tangan kosong. Sebenarnya saya berpuas hati apabila dapat memberikan persembahan yang baik dan menghiburkan semua orang.

"Walaupun tidak meraih sebarang kemenangan menerusi penyertaan buat pertama kali dalam AJL, ia cukup penting berbanding kemenangan. Saya tidak pernah rasa saya kalah, kerana saya telah melakukan yang terbaik, begitu juga dengan semua calon-calon lain yang turut bertanding," ujarnya jujur.

Jelasnya lagi, tamat saja persembahannya di pentas AJL23, dia gembira kerana ramai yang datang padanya memberi pujian dan ucapan semangat.

Semua itu merupakan penghargaan yang cukup besar buat dirinya.

"Semua kata-kata perangsang yang diterima amat saya hargai dan membuatkan saya lebih tekun untuk berusaha memberi persembahan yang terbaik dalam apa jua bentuk persembahan kelak," tuturnya.


Semua bagaikan mimpi

Apa pun kemampuannya sudah terbukti, Stacy juga kini mampu tersenyum puas setelah mengharungi segala halangan onak dan duri sebelum ini.

Stacy juga mengakui, jika sebelum AJL23, namanya sedikit tenggelam dan tawaran persembahan juga kurang, tetapi kini semuanya sudah berubah.

Dia kini begitu sibuk sama ada memenuhi undangan nyanyian, sesi fotografi dan pelbagai lagi acara termasuklah pelancaran album sulungnya menjelang 21 Februari depan di Sabah.

"Semua bagai mimpi, ada satu ketika saya rasa seperti mahu berhenti menyanyi dan pulang saja ke Sabah, tetapi tiba-tiba rezeki datang dan semuanya menjadi semakin baik.

"Tidak lama lagi, album saya akan dilancarkan dan kerjaya seni nampaknya semakin hari, semakin baik berbanding sebelum ini, sehingga saya sendiri yang sering bertanya pada pihak pengurusan bila mahu mengadakan sesi fotografi dan persembahan nyanyian," ucapnya dalam tawa.