Jom chat di sini!

Monday, February 9, 2009

Stacy @ Media Hiburan - Stacy Pengganti Farra?


Bila Aniff Mengintai
Kelolaan Aniff Ghani

Masihkah anda mengingati penyanyi lagu "Bagaikan Puteri", Farra? Sudah lama kita tidak mendengar ceritanya, selepas berkahwin dan mengenakan tudung, dia lebih fokuskan kepada rumahtangga. Kalau rakan-rakan artis seangkatannya, berlumba-lumba buat 'comeback' tapi Farra nampaknya tetap dengan pendiriannya, mungkin satu hari nanti kot.

Apapun Aniff doakan Farra bahagia dengan kehidupannya disisi keluarga tercinta. Sebut tentang Farra ni, Aniff terus tergambarkan Stacy. Kenapa? Sebenarnya antara mereka ada persamaan. Farra ketika di zaman kegemilangannya, lincah dan hebat beraksi di atas pentas, malah menyanyi 'live' masih 'maintain' walaupun menari rancak mengikut step.

Begitu jugalah dengan Stacy, nampaknya dalam era sekarang, Stacy memonopoli carta penyanyi baru yang mampu menyanyi dan menari seiring. Malah kawalan pernafasannya bagus. Setiap tenaga yang ditunjukkan di atas pentas cukup luar biasa dan penonton juga terpukau dengan kehebatannya. Yang tidak minat dengan Stacy pada awalnya, boleh jatuh cinta apabila melihat persembahannya. Demikianlah penangan Stacy. Diharapkan Stacy bertahan dengan apa yang dimiliki, jaga stamina dan usia muda anda.

0 komen: